Saturday, February 12, 2011

Dalam Sujud Cintaku





Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia yang sungguh indah
dan Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku daripadaMU


dalam menikmati kurniaanMU
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik juga masih belumku mampu

dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redhaMU

hanya kernaMU Tuhanku
aku hidup
dan ku akan kembali padaMU
hanya padaMU dalam sujud cintaku

Title: Dalam Sujud Cintaku
Composed,Written & Performed By
Halim Devotees


************************

Read more...

Friday, February 11, 2011

Bagaimana Kita Boleh Muflis Di Akhirat

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu ?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta?” Lantas Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. “Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis pada akhirat adalah berasal daripada orang yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizaliminya.Alangkah ruginya golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang mereka kumpul dengan mengerjakan bermacam ibadat, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu mereka bayar disebabkan kesalahan mereka terhadap orang lain.Meskipun kita malu jika diisytiharkan muflis di dunia ini, namun kita masih lagi beruntung kalau dibandingkan dengan situasi muflis di akhirat. Jika muflis di dunia, masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat? Siapakah yang akan bersimpati? Siapakah yang bakal menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah? Kuat beribadah dan memiliki pahala yang banyak tidak menjamin terpeliharanya seseorang itu daripada azab Allah jika pada masa sama dia masih melakukan penganiayaan, penindasan dan kezaliman kepada insan lain.

Firman Allah bermaksud: “Pada hari itu Kami akan tutup mulut mereka dan tangan mereka memberitahu Kami (mengenai kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang sudah mereka perbuatkan (ketika hidup di dunia)?” (Surah Yaasin, ayat 65).

Selain itu, kita juga diingatkan agar bertanggungjawab terhadap amanah keluarga. Dibimbangi di akhirat kelak, mereka akan menuntut segala pertanggungjawaban yang tidak kita tunaikan kepada mereka. Tanggungjawab memberi mereka ilmu, pendidikan, perlindungan, makanan, kesihatan dan sebagainya akan dipersoalkan kepada kita sama ada terlaksana atau terabai. Jika kita perhatikan realiti hari ini, berapa ramai ibu bapa yang selalu solat berjemaah di masjid, mendengar ceramah, menghadiri kelas pengajian agama dan melakukan pelbagai amal kebajikan, sedangkan anak-anak mereka terbiar tanpa mendapat pendidikan agama sempurna, terbabit dengan jenayah, gejala sosial, maksiat dan kegiatan kemungkaran? Golongan ibu bapa seperti ini mengerjakan amal ibadat dengan penuh kesungguhan, tetapi mereka beribadah dalam situasi yang kurang bijak. Mereka lupa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan agama terhadap anak-anak juga ibadat besar dan mulia. Jika amanah dan tanggungjawab ini sengaja dibiarkan terabai, dikhuatiri ia akan menjadi penghalang untuk seseorang hamba itu memasuki syurga Allah, walaupun memiliki banyak pahala hasil daripada amal ibadatnya.



Read more...

Thursday, February 10, 2011

Fadhilat Jumaat

Salam Jumaat untuk semua... :)

Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah serta rahmat dari Allah swt pada hari ini iaitu penghulu segala hari dan hari-hari sterusnya..insyaAllah....

JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadith menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul ayyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan

di dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, ter masuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus men dengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni ber salah.”

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi terlebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tarmidzi


Read more...

Sambutan Maulidur Rasul

Tolong Hebah
2 Kali majlis sambutan tahun ini

Pertama
Perayaan Maulidul Rasul Peringkat Pondok Ar Rahmaniah tahun ini adalah
12 Rabiul Awal 1432H bersamaan 15 feb 2011
Hari Selasa
Jam 8 Pagi
Ceramah disampaikan oleh : TN GURU HJ SALLEH B MUSA (mudir pondok)

Aturcara
Isnin Jam 8.00 malam kuliah maulidul Rasul oleh Ust Yazid (anak tn Guru)
9.00malam kuliah Tn Guru Hj Toyyib Makkah (sahabat Tn Guru Hj Salleh berumur 90 tahun)
10.00malam selawat , marhaban
Jamuan

Selasa (Acara kemuncak )
8.00Pagi : Perarakan Maulidul Rasul SAW bersama Tn Guru
8.15 pagi: Ceramah Khas Maulidul Rasul SAW disampaikan oleh
TN GURU HJ SALLEH B MUSA (SDK, BKM)
Mudir Madrasah Ar Rahmaniah , Penaung PPPT

















Read more...

Lupakan Soal Dunia Untuk Sementara....



Pada zaman Imam Abu Hanifah...
Ada seorang yang bernama Duhri...
Duhri nie suka berdebat....
banyak ulama yang tewas ketika berdebat dengan dia...
hnya tinggal seorang ulama yg masih belum berdebat dgn dia...
iaitu tuan guru Imam Hanifah...
mka raja menyuruh tuan guru td berdebat dgn Duhri...
pada malam sebelum mereka berdebat...tuan guru telah bermimpi...
satu kawasan yang lapang dan cantik, didalamnya ad
a satu pokok ....
datang sekor BABI lalu memakan pokok itu smpai habis...
kmudian datang seekor harimau membunuh BABI itu...
keesokannya tuan guru itu menjadi runsing...
lalu mlihat imam abu hanifah akn gurunya lalu berkata "apakah yg syeikh runsingkan???
SYEIKH: Aku bermimpi satu kawasan yang lapang dan cantik,
didalamnya ada satu pokok ....
datang seekor BABI lalu memakan pokok itu samp
ai
habis...kemudian datang seekor harimau membunuh
BABI itu...
IMM HANIFAH: Aku tahu tafsirnya...satu kawasan yg lapang
itu ialah petunjuk bg umat islam...dan pokok
itu pula ialah tuan syeikh saja yg belum
dtumbangkan duhri...dan babi itu adalah
duhri dan harimau itu ialah saya ....saya yang
akanberdebat degan duhri...jadi mari kita

pergi berdebat...

Maka berlakulah perdebatan Imam Hanifah dgn Duhri...

DUHRI: Ada sesiapa yang ingin menjawab persoalan aku???
IMAM: Tanya saja la...kalau ada yang tahu maka mereka akan
jawab...
DUHRI: Hey budak!!...kamu cuba nak melaw
an aku...sedarlah
diri...sedangkan ulama'2 yg
berserban bahkan berpakain jubah kebesaran....tewas
dengan aku...ini pula engkau...
IMAM: Allah tidak berkata alim terletak pd serban serta jubah
DUHRI: Kau ingin mencabar aku....baik kau jawab soalan
aku....tuhan ada atau tak???
IMAM: Ada
DUHRI: Jika ada dimana tuhan????

IMAM: Tuhan yg bernama Allah itu tidak bertempat...
DUHRI: Mana mungkin benda wujud tidak
bertempat...buktikan....
IMAM: Lihat pada diri kau....dimana nyawa mu ???diatas atau
dbawahmu???

Maka tercengang Duhri

IMAM: Baiklah lihat pada air susu lembu itu....di mana minyak
sapi nya???diatas atau dbawah???
DUHRI: Baiklah...apa yang ada sebelum tuhan dan
selepasnya???
IMAM: Tiada apa sebelum tuhan dan selepasnya
DUHRI: Tidak mngkin benda wujud tidak sebelum dan
selepasnya..
IMAM: Lihat pada dirimu
DUHRI: Apa lagi pada diri aku

IMAM: Lihat jarimu apa sebelum jari kelengkingmu dan apa
selepas ibu jari mu???

Bertambah tercengang DUHRI dgn seorang KANAK2 yg berdebat dgnnya(IMAM HANIFAH)...

DUHRI : Baiklah apakah pekerjaan tuhan sekarang???
IMAM: Kamu asyik tanya aku..kalau kau nk tahu...kau kena jadi
muridku...jadi kau turun kebawah biar aku berada

diatas mimbar kerana aku gurumu...guru mesti diatas...

Maka turunlah Duhri dan naik Imam Abu Hanifah atas mimbar

DUHRI: Jadi apakah jawapannya???
IMAM: Aku akn jawab...jawapannya ialah pekerjaan tuhan
sekarang ialah menurunkan yg diatas mimbar dan
menaikkn yg dbawah keatas mimbar...

Maka terharu DUHRI.....

MOGA KITA DAPAT FAEDAH DARIPADA CERITA INI :)






Read more...

Wednesday, February 9, 2011

DEFINISI FIQH, PEMBAHAGIAN DAN PERKEMBANGANNYA

Secara bahasa, fiqih bererti faham, dalam pengertian atau pemahaman yang mendalam yang menghendaki pengerahan potensi akal. Para ulama usul fiqh mendefinisikan fiqh sebagai mengetahui hukum-hukum Islam (syarak) yang bersifat amali (amalan) melalui dalil-dalilnya yang terperinci. Adapun para ulama fiqh mendefinisikan fiqh sebagai sekumpulan hukum amaliah (yang sifatnya akan diamalkan) yang disyariatkan dalam Islam.

Pengertian fiqh secara bahasa, yang bererti faham, antara lain dapat dilihat pada surah Hud ayat 91 yang bermaksud:
"Mereka berkata: Hai Syu'aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu..."
dan surah al-An'am ayat 65 yang bermaksud:
"...Perhatikanlah, betapa Kami mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami silih berganti agar mereka memahami."

Dalam pengertian istilah syar'i (yang berdasarkan syarak), kedua-dua makna di atas dikandung oleh istilah tersebut.

OBJEKTIF PERBAHASAN ILMU FIQH

Bidang perbahasan ilmu fiqh adalah setiap perbuatan Mukallaf (orang dewasa yang wajib menjalankan hukum agama), yang terhadap perbuatannya itu ditentukan hukum apa yang harus dikenakan. Contohnya, jualbeli, salat, puasa, dan pencurian yang dilakukannya. Jika jual-beli, salat, dan puasa yang dikerjakan memenuhi rukun dan syarat yang ditentukan Islam, maka pekerjaannya tersebut dikatakan sah. Sementara pencurian yang berlawanan dengan kehendak syarak dihukumkan sebagai haram dan wajib dikenakan hukuman pencurian. Dengan mengerjakan salat dan puasa bermaksud ia telah meme­nuhi kewajipan syarak. Dengan demikian, setiap perbuatan mukallaf yang merupakan objektif fiqh mempunyai nilai hukum.

Nilai dari tindakan hukum seorang mukallaf ter­sebut boleh bersifat wajib, sunah,mubah, makruh, dan haram, yang semuanya ini dinamakan hukum taklifi (bersifat perintah, anjuran, dan larangan yang wajib bagi setiap mukallaf) dan boleh juga dengan nilai sah, batal, dan fasid (rosak), yang dikenali dengan nama hukum wadh'i (khitab/perkataan Allah SWT yang mengandungi pengertian bahwa terjadinya sesuatu merupakan sebab, syarat atau penghalang bagi adanya sesuatu [hukum]).

Dari definisi juga dapat disimpulkan bahwa objektif perbahasan fiqh tersebut berkait rapat dengan hukum-hukum amaliah, tidak termasuk bidang akidah den­gan segala cabang-cabangnya karana hal tersebut termasuk bidang perbahasan ilmu lain. Fiqh yang dimaksudkan agar syarak tersebut dapat diterapkan ke­pada para mukallaf, baik terhadap perbuatan mahupun terhadap perkataan mereka. Fiqh merupakan rujukan bagi para qadi, mufti (pemberi fatwa), dan para mukallaf untuk mengetahui hukum-hukum syar'i dari perkataan dan perbuatan yang me­reka lakukan, sehingga para mukallaf mengetahui apa saja yang wajib baginya dan yang haram dikerjakannya.

PEMBAHAGIAN HUKUM FIQH

Para ulama telah membahagi hukum-hukum fiqh tersebut sebagai berikut;

(1) Hukum yang berkaitan dengan ibadah kepada Allah SWT, seperti salat, puasa dan haji; hal ini dinamakan dengan ibadah.

(2) Hukum yang ber­kaitan dengan permasalahan keluarga, seperti nikah, talak, masalah keturunan, dan nafkah; dise­but sebagai ahwal asy-syakhsiyyah.

(3) Hukum yang ber­kaitan dengan hubungan antara sesama manusia dalam rangka memenuhi keperluan masing-masing yang berkaitan dengan masalah harta dan hak-hak; disebut al-muamalah.

(4) Hukum yang berkaitan dengan perbuatan atau tindakan; disebut jinayah atau 'uqubah.

(5) Hukum yang berkaitan dengan penyelesaian sengketa antara sesama ma­nusia, dinamakan ahkam al-qada'.

(6) Hukum yang mengatur hubungan antara penguasa dan rakyatnya; disebut al-ahkam as-sultaniyyah atau siyasah asy-syar'iyyah.

(7) Hukum yang mengatur hubung­an antaranegara dalam keadaan perang dan damai; disebut siyar atau al-huquq ad-dawliyyah.

(8) Hu­kum yang berkaitan dengan akhlak, baik dan buruk; disebut dengan adab.

Keseluruhan hukum yang disebutkan di atas tidak hanya mengandungi makna keduniaan, tetapi juga mengandungi makna keakhiratan. Hal ini bermaksud, nilai dari sesuatu hukum tidak hanya berkait dengan hukum di dunia ini, tetapi juga hukum ukhrawi, kerana Islam tidak memisahkan antara dunia dan akhirat, walaupun keduanya mampu dibezakan.

PERKEMBANGAN ILMU FIQH

Perkembangan fiqh sepanjang sejarah hukum Islam oleh Mustafa Zarqa terbahagi kepada beberapa bahagian, yaitu:

(1) Zaman risalah, yaitu semasa hidup Rasulullah SAW

(2) Zaman Khulafa' ar-Rasyidin (empat khalifah besar/utama) sampai pertengahan abad pertama Hijriah

(3) Dari pertengahan abad pertama Hijriah sampai permulaan abad kedua Hijriah

(4) Dari awal abad kedua sam­pai pertengahan abad keempat Hijriah

(5) Dari pertengahan abad keempat sampai jatuhnya Bagh­dad pada pertengahan abad ketujuh Hijriah

(6) Dari pertengahan abad ketujuh sampai munculnya Majallah al-Ahkam al-'Adliyyah (Kodifikasi Hu­kum Perdata Islam) di zaman Turki Usmani (Kerajaan Ottoman) pada tanggal 26 Sya'ban 1293

(7) Sejak munculnya Majallah al-Ahkam al-'Adliyyah sampai pada zaman moden.

Zaman risalah
Zaman ini adalah semasa hidupnya Rasul­ullah SAW. Pada zaman ini fiqh masih difahami sebagai rujukan melalui Al-Qur'an dan hadith, yaitu mencakupi persoalan akidah, ibadah, muamalah, dan adab.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' 'Ulum ad-Din menyatakan bahwa fiqh di zaman awal (masa Rasulullah SAW) mengandungi ilmu yang menuju jalan akhirat, berdasarkan pada su­rah at-Taubah ayat 122 yang bermaksud:

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatankepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya."

Kalimat inzar (peringatan dengan kabar yang menakutkan) menurut Imam al-Gazali hanya berkait dengan permasalahan akhirat, bukan permasalahan dunia. Kemudian ia juga mendasarkan pendapatnya dengan surah al-A'raf ayat 179 yang bermaksud:

"...Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami..."

Hati tidak dipergunakan memahami makna-makna Iman kepada Allah SWT dan segala yang berkaitan dengan sifat-sifat-Nya. Dengan demikian Imam al-Ghazali melihat bahawa permasalahan utama dari fiqh tersebut adalah yang berkaitan dengan pengetahuan tentang akhirat, sedangkan fiqh yang berkaitan de­ngan masalah muamalah hanyalah masalah yang kedua atau tambahan.

Dari gambaran di atas jelas menunjukkan bahwa fiqh di zaman Rasulullah SAW belum terbahagi dalam bidang-bidang tertentu, tetapi fiqh mencakupi segala yang terkandung dalam Al-Qur'an dan hadith. Terciptanya hukum dalam berbagai masalah di waktu itu didapati melalui pertanyaan para sahabat tentang sesuatu peristiwa, yang jawapannya didapati melalui wahyu Allah SWT atau melalui sunah Rasulullah SAW. Dalam kesempatan lain, Allah SWT juga menurunkan wahyu-Nya dalam rangka memberikan tuntunan bagi keadaan masyarakat saat itu, atau juga berupa teguran, perintah, dan sebagainya. Daripada peristiwa-peristiwa inilah,munculnya hukum-hukum yang terperinci daripada peristiwa yang ada. Dengan demikian, rujukan untuk menentukan hukum di waktu itu hanyalah Al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW.

Zaman Khulafa' ar-Rasyidin
Peristiwa yang terjadi semakin banyak, sementara Rasulullah SAW yang selama ini menjadi sumber rujukan hukum mereka tidak ada lagi. Malahan, masyarakat sudah bertambah dengan adanya penaklukan-penaklukan Islam ke luar Semenanjung Arab, sehingga muncul di tengah-tengah umat Islam hukum dan kebudayaan baru yang kesemuanya ini mendorong para sahabat untuk melakukan ijtihad.

Setiap permasalahan yang muncul, pertama kali mereka berusaha untuk menemukan jawapannya di dalam Al-Qur'an. Jika mereka tidak mendapati dalam Al-Qur'an, mereka meneliti hadith-hadith Nabi SAW. Apabila dalam hadith Nabi SAW juga tidak ada jawapannya, maka mereka melaku­kan ijtihad dengan tetap berpegang pada prinsip-prinsip pokok yang ditinggalkan Rasulullah SAW. Dengan demikian muncullah hasil ijtihad para sahabat dalam pelbagai permasalahan umat. Dalam pada itu, perlu dicatat bahawa pada masa inilah dimulainya penggunaan akal (ar-ra'yu) dan qias dalam mencari jawapan hukum terhadap peristiwa yang terjadi. Beberapa ijtihad telah dilakukan oleh Umar bin Khattab, khalifah yang sangat mengagumkan dalam menjawab permasalahan umat dan berorientasikan kemaslahatan umat itu sendiri.

Zaman Pertengahan Abad Pertama sampai Awal Abad Kedua Hijriah
Pada masa Usman bin Affan menjawat jawatan sebagai khalifah, para sahabat mulai berpecah ke berbagai-bagai daerah. Dengan berpecahnya sahabat ini di setiap berlainan daerah, yang sistem sosial masyarakatnya berbeza pula, maka se­makin banyak hasil ijtihad yang muncul sesuai de­ngan kehendak masyarakat setempat. Di Iraq, Ibnu Mas'ud berperanan sebagai sahabat yang menjawab berbagai-bagai masalah yang dihadapinya di sana, sementara sistem masyarakat Iraq berbeza dengan yang ada di Madinah dan Mekah. Di samping itu di Iraq telah terjadi percampurbauran etnik antara Arab dan Parsi(Iran). Dalam berijtihad, Ibnu Mas'ud mengikuti qaidah-qaidah yang telah dilakukan Umar bin Kattab, yang dikenali lebih berorientasikan kepada kepentingan umat dan kemaslahatan mereka, tanpa terlalu terikat dengan teks-teks (makna harfiah) Al-Qur'an dan sunah. Dengan demikian penggunaan sebegini sangat dominan dalam berijtihad. Dari sinilah, munculnya madrasah atau aliran Ahlur - Ra'yi di Iraq.

Sementara itu, di Madinah, fiqh dikembangkan oleh Zaid bin thabit dan Abdullah bin Umar bin Khattab, serta di Mekah oleh Ibnu Abbas dan para sahabatnya. Fuqaha kedua kota ini mempunyai qaidah yang sama dalam menyelesaikan permasalahan yang terjadi di tengah-tengah masyarakat, yaitu berusaha untuk menentukan hukum tersebut melalui Al-Qur'an dan sunah. Mereka senantiasa mencari hadith dan berpegang kuat pada hadis dalam menetapkan hukum. Hal ini memungkinkan untuk kedua kota tersebut kerana memang di kedua kota ini hadith-hadith banyak tersebar, di samping masyarakatnya homogen, sehingga penangan permasalahan yang timbul tidak sekompleks permasalahan yang dihadapi Ibnu Mas'ud di Iraq.

Murid-murid Ibnu Mas'ud, Zaid bin thabit, Ibnu Umar, dan Ibnu Abbas juga bertebaran di kota-kota lain, misalnya Sa'id bin Musayyab di Madinah, Ata bin Abi Rabah di Mekah, Ibrahim an-Nakha'i di Kufah, Hasan Basri di Basra, Makhul di Syam (Syria), dan Tawus di Yaman. Murid-murid para sahabat ini (yang dikenali sebagai tabiin) juga mengembangkan fiqh baru sesuai dengan permasalahan yang me­reka hadapi di kota tempat mereka tinggal yang satu sama lain juga berbeza.

Dari gambaran di atas jelas bahwa fiqh semakin berkembang sesuai dengan keadaan masyarakat yang dihadapi. Penggunaan ar-ra'yu (akal) pada masa ini dalam berijtihad, seperti cara qias, istihsan, dan istislah (membetulkan), semakin luas terbentuknya mazhab-mazhab fiqh. Mazhab fiqh yang terbentuk ini mengikuti nama-nama para tabiin yang menjadi pemegang fatwa hukum di negeri tersebut. Misalnya, dalam sejarah perkembangan fiqh dikenal dengan adanya istilah fiqh Auza'ie dan fiqhh Ibrahim an-Nakha'i. Di samping itu, fiqh juga merupakan salah satu cabang ilmu yang mendapat perhatian para ulama di waktu itu, yang menjadi dasar kesempurnaan ilmu fiqh di zaman sesudahnya, yaitu di tangan imam mazhab yang empat (Imam Malik, Imam Syafi'i, Imam Hanafi, dan Imam Hanbali).

Zaman Awal Abad Kedua sampai Pertengahan Abad Keempat Hijriah
Pada masa ini fiqh berkembang dengan pesat setelah sebelum ini diletakkan dasar-dasar oleh para Tabiin. Zaman ini dimulaii dengan munculnya imam-imam mazhab yang terdiri daripada Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi'i, dan Mazhab Hanbali.

Pada awal zaman ini terjadi perdebatan sengit antara Ahlulhadis dan Ahlur Ra'yi. Pada akhirnya perdebatan ini dapat diredakan tatkala ahlur-ra'yi dapat dianggap sebagai salah satu cara dalam mengistinbatkan hukum fiqh melalui batasan-batasan dan qaidah-qaidah yang ditentukan oleh Ahlur Ra'yi, sehingga dengan qaidah-qaidah yang mereka buat tersebut mereka terhindar daripada segala tuduhan penetapan hukum dengan hawa nafsu.

Imam Abu Zahrah (ahli usul, fiqh, dan kalam) mengemukakan bahawa pendebatan ini tidak berlangsung lama kerana murid-murid imam mazhab melakukan interaksi dengan mazhab lain, se­perti yang dilakukan oleh Imam Muhammad bin Hasan asy-Syaibani, sahabat Imam Hanafi, yang sengaja datang ke Hijjaz untuk mempelajari kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik; Imam Syafi'i menemui Imam Muhammad bin Hasan asy-Syaibani ke Iraq untuk mengetahui secara jelas fiqh ahli Iraq; dan Imam Abu Yusuf, sahabat Imam Hanafi, berusaha untuk mencari hadith-hadith yang mendokong pendapat Ahlur Ra'yi. Oleh sebab itu terlihat banyak kitab-kitab fiqh dari kedua kelompok ini yang dipenuhi oleh hadith dan ar-ra'yu.

Pada awal zaman ini juga dilakukan pembukuan kitab-kitab fiqh yang dilakukan pada setiap mazhab, di antaranya kitab al-Muwatta' oleh Imam Malik, kitab al-Umm oleh Imam Syafi'i, dan kitab fiqh yang disusun oleh Muhammad bin Hasan asy-Syaibani (murid Imam Hanafi). Demikian juga halnya dengan ilmu usul fiqh; yang paling awal adalah buku ar-Risalah karangan Imam Syafi'i.

Perkembangan-perkembangan yang ada ini juga membawa impak yang lebih luas. Fiqh tidak saja diistinbatkan dan disusun sesuai dengan kehendak praktikal masyarakat dan sesuai dengan kehendak perkembangan zaman, tetapi juga muncul hukum fiqh yang membahas tentang pelbagai kemungkinan dalam masalah-masalah fiqh yang belum terjadi.

Read more...

Tuesday, February 8, 2011

Ujian Merentas Titian



Seringkali Kita Diuji Dengan Pelbagai Ujian Tika Meniti Kehidupan Didunia Ini.
Tidak Lain Hanya Untuk Menguji Kesabaran Dan Keimanan Kita PadaNya.


Jika Salah Langkah Kuffurlah,Jika Melangkah Yang Benar Maka Ditingkatkan Maqam Kita Disisinya Bahkan Ditambah Nikmat MilikNya.
Sungguh Besar Onak Duri Cabaran Hidup Sebagai HambaNya Yang Hina Ini.
Tatkala Hati Dirundung Rindu, Mula Menyiram Kembali Kelayuan Dulu Yang Seringkali Jauh Dari MengingatiNya.

Sirami Dengan Air-Air Zikir Agar Bercambah Daunan Segar Dan Berbuah Manis..
Sesungguhnya Di Sisi Allah Pengetahuan Yang Tepat Tentang Hari Kiamat. Dan Dia Lah Jua Yang Menurunkan Hujan, Dan Yang Mengetahui Dengan Sebenar-Benarnya Tentang Apa Yang Ada Dalam Rahim (Ibu Yang Mengandung).
Dan Tiada Seseorang Pun Yang Betul Mengetahui Apa Yang Akan Diusahakannya Esok (Sama Ada Baik Atau Jahat);
Dan Tiada Seorangpun Yang Dapat Mengetahui Di Bumi Negeri Manakah Ia Akan Mati.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Lagi Amat Meliputi PengetahuanNya..

kadang - kadang kita sering terfikir mengapa ujian sebegini berat menimpa diri ini.. adakalanya manusia mudah-mudah menyalahkan diri ataupun orang lain tatkala kesalahan menimpa atas diri mereka.. walhal,,tidakkah diri ini mereka & segala makhluk di pelosok muka bumi ini tahu akan firmannya:

"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang berdusta"-(surah al-ankabut ayat 2-3)

daripada ayat di atas jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang ingin merasai kelazatan Iman mestilah menghadapi segala ujian, tohmahan dan segala tribulasi untuk memantapkan kesabaran & mengukuhkan keimanan mereka. orang yang merasai kelazatan iman bukan sahaja diuji dengan masalah dalaman & luarannya,malahan adakalanya muslim yang disanjung sebagai seorang pejuang islam tetapi dikatakan sebagai penjenayah merbahaya..itulah yang terjadi kepada pejuang-pejuang ikhwanul muslimin seperti syed qutb dan sebagainya...di malaysia juga tidak kurang bezanya..antara kisah yang diambil iktibar adalah kejadian memali yang menyaksikan syahidnya seorang pejuang islam, almarhum ibrahim libya yang kononnya dikatakan sebagai penjenayah yang boleh mengancam keselamatan negara..apa erti semua ini??mengapa sesama islam asyik bertelagah..mengapa undang-undang sekular yang dijadikan pedoman??

firman allah;
"Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)." ( Al Jathiyaah - 18 )
oleh itu marilah mara bersama,,genggam tekad untuk mengangkat daulah islamiyyah...maju kehadapan sebagai generasi pemangkin agama islam,,usah dituruti hawa nafsu semata-mata..jadikan alquran & sunnah sebagai pedoman.. mintalah pertolongan hanya pada allah;
"dan mintalah pertolongan pada (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang - orang yang khusyuk" -surah al-baqarah ayat 5





|""
|

Read more...