Saya amat tertarik dengan penerangan oleh sahabat saya saudara Hazizie Sulkafle,,yang mana penerangannya berkisarkan sejarah Kepulauan Melayu yang kononnya dulu dipengaruhi oleh Hindu-Buddha tetapi ada penerangan yang menolak hujjah tersebut.. Berikut adalah penerangannya:
Teori ni saya dapat dan ambil berdasarkan pemahaman saya terhadap hasil kajian Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam ucapannya yg dibukukan bertajuk "Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu". Di permulaan,beliau menyatakan bahawa adalah satu perkara yg kurang tepat sekiranya kita terlalu mengaitkan dan membandingkan sejarah dan kebudayaan Melayu dengan sejarah dan kebudayaan India ataupun Hindu-Buddha.Bahkan keadaan Kepulauan Melayu (KM) sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan tamadun Eropah yg didominasi oleh Empayar Rom.
Selanjutnya beliau menambah bahawa sesungguhnya tamadun India dan Hindu-Buddha tidak berjaya mengakar umbi dalam kehidupan penduduk Kepualuan Melayu dengan kuat,jika berjaya pun,hanya di beberapa tempat sahaja seperti Bali.Secara amnya,penduduk Kepulauan Melayu tidak terlalu terpengaruh dengan kebudayaan Hindu-Buddha kecuali dalam beberapa aspek kebudayaan dan cara hidup. Namun dari segi falsafah,worldview dan aktiviti ilmiah,penduduk Kepulauan Melayu tidak terpengaruh dengan falsafah dan pemikiran Hindu-Buddha yg mana perkara ini hanya terjadi dalam kalangan golongan bangsawan dan diraja sahaja.
Selanjutnya,beliau mengatakan bahawa pengaruh Hindu-Buddha hanya kuat dalam kalangan golongan istana sahaja.Aktiviti ilmiah juga hanya berlaku dalam istana sahaja tanpa disebarkan kpd rakyat. Secara kesimpulannya,beliau menolak hujah2 dan teori2 sarjana Barat yg mengatakan bahawa tamadun dan kebudayaan Hindu-Buddha membawa pengaruh yg cukup besar dalam kehidupan penduduk Kepulauan Melayu.Namun,beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak menolak pengaruh Hindu-Buddha di Kepulauan Melayu tapi penaruhnya tidaklah sehebat dan sepenting sebagaimana yg diuar-uarkan berbanding dengan pengaruh yg dibawa oleh Islam.
Berbanding dengan Islam,kedatangannya ke Kepulauan Melayu (KM) pada abad ke 12 (bahkan mungkin lebih awal) telah membuka mata penduduk KM dan membawa 'Nur' dalam peradaban dan budaya penduduk KM. Buktinya boleh dilihat dari aspek bahasa sendiri yg mana pengaruh istilah2 dan perkataan Arab-Islam dalam bahasa Melayu lebih besar berbanding pengaruh Hindu-Buddha. Dengan kedatangan Islam juga,munculnya karya2 saduran seperti Hikayat Amir Hamzah,Muhammad Hanafiah dan karya2 terjemahan ulama2 Islam. Ketika zaman Hindu-Buddha,aktiviti ini berlaku tetapi seperti yg dinyatakan di atas, hanya terhad dalam kalangan golongan bangsawan dan istana sahaja berbanding zaman Islam yg mana semua ini disebarkan kpd rakyat.
Dengan kedatangan Islam juga,aktiviti perdagangan dan diplomatik kerajaan2 di KM semakin meluas berbanding zaman Hindu-Buddha. Hal ini disebabkan kegiatan pedagang2 Islam dari Timur Tengah yg giat berdagang ke serata dunia sehingga pelabuhan2 di KM seperti Melaka,Johor dan Aceh terkenal sebagai pelabuhan antarabangsa di mata dunia. Aktiviti2 ilmiah juga bertambah giat dengan adanya penduduk KM yg melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dan menjadi tokoh di KM setelah pulang seperti Hamzah Fansuri,Nuruddin al Raniri dan Abdul Rauf al-Singkili.Pengaruh mereka bukan setakat dalam kalangan golongan bangsawan sahaja bahkan berakar umbi dan tersebar dalam kalangan rakyat biasa.
Namun begitu,timbul persoalan mengapa zaman "Renaissance" di KM tidak sehebat Renaissance di Eropah dari segi kesannya? Jawapan bagi persoalan ini dapat dijawab dengan terjadinya penjajahan kuasa2 Eropah di KM seawal abad ke 16 yg telah membantutkan "Reanaissance" di KM dan pengaruh Islam yg diterima di KM adalah arus Islam yg telah mula melemah(jika kita lihat,abad ke 12 adalah tempoh masa di mana Khalifah Abbasiyyah di Baghdad telah mula jatuh,menunjukkan tanda2 kelemahan dan umat Islam telah mula leka) dan tidak berlakunya perhubungan langsung antara KM dengan tamadun Islam(Islam di KM datang melalui perdagangan,bukannya dengan pembukaan). Jarak yg jauh juga antara faktor yg menyumbang kerana berbanding dengan Eropah yg cukup hampir dengan tamadun Andalusia, kita terlalu jauh dengan pusat perkembangan Islam.
Kesimpulannya,kedatangan Islam sesungguhnya membawa kesan yg cukup besar dalam peradaban dan kebudayaan KM.Walaupun pengaruh Islam menladi perlahan setelah kedatangan kuasa Eropah, Islam tetap secara selangkah demi selangkah menjadi pemangkin kepada beberapa tempoh masa dan peristiwa yg penting dalam sejarah KM.
Ala kulli hal ini sekadar pandangan serta analisis perkembangan sejarah dan kebudayaan KM yg diwarnai pelbagai unsur2 tamadun lain iaitu tamadun Hindu-Buddha,tamadun China dan tamadun Islam itu sendiri dan terbuka kepada sebarang komentar.Namun begitu,ingin ditegaskan sekali lagi bahawa kedatangan Islam telah membawa kesan yg besar kpd tamadun dan kebudayaan KM yg mana fakta ini cuba dinafikan oleh sesetengah sejarawan terutama dari Barat.Wallahualam.
(Insya Allah perbincangan dan artikel yg lebih terperinci mengenai tajuk ini akan menyusul nanti.)
No comments:
Post a Comment