*****************************
Read more...
"Andai Islam Seperti Sebuah Bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda, aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati2 yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."- AS-SYAHID AL-IMAM HASSAN AL-BANNA.
“Wei, nie aku ada beli nasi lemak. Ambil lah..aku belanja” pelawa ghufran.dia ni memang pemurah orangnya. Sebab itulah ramai yang suka berkawan dengannya. Entah apalah niat sebenar mereka, tetapi lebih baik saya husnuz-zon sahaja. Lalu, tanpa banyak bicara, kami terus membuka bungkusan berisi nasi lemak tersebut. Macam biasalah, kami makan dalam bentuk halaqah.
“Nasi lemak je..?belilah kfc ke McD ke..” kata ghufran. Si ghufran ni memang suka menyakat nazri. Kalau sehari tak kacau nazri memang tak sah.
“Hang nie, orang dah belanja ambil je lah. Dok hingaq pulak. Hang ni tak bersyukur langsung. Hang nak tau tak, ustaz aku cakap siapa yang tak bersyukur dengan pemberian orang, dia ni seorang yang kufur nikmat tau”,syarah nazri. Aku hanya tersenyum memerhati gelagat mereka apabila bertengkar. “hang agak-agak la nak kata aku ni kufur, aku ni orang Islam..sampai hati ang kata aku macam tu”, kata ghufran dalam keadaan merajuk. “La, touching pula kawan aku sorang nie..bukan aku yang cakap,ustaz aku yang cakap macam tu,” pujuk nazri. “ustaz hang saja nak kelentong kot,” balas ghufran.. Nazri dengan nada tidak puas hati berkata,” buat apa aku nak bohong hang, hang tak percaya tanya tok guru kita. Shakir, betul tak pa yang aku cakapkan tadi??
Aku dari tadi hanya memerhati sedikit terkejut. “Hah??” “betul tak tadi aku cakap berkenaan orang yang tak bersyukur dengan pemberian orang lain atau daripada sesiapapun, dia boleh dianggap kufur nikmat”, soal nazri.Errm,betul”, kataku. “ So, orang yang kufur ni boleh jadi murtad ke? Alamak, selama nie solat aku, amalan aku ni tak diterima oleh Allah ke?? Macamana ni??” panik ghufran. “Err, entah! Aku pun tak tahu la, aku dengar ustaz aku cakap macam tu masa nak dekat habis waktu kelas. Hang kan tau kan aku ni kaki ceng(ponteng kelas),hehehe,” balas nazri menambah keraguan ghufran.
Secara automatiknya, dua pasang mata sudah tertumpu ke arahku. Yang pastinya, mereka menantikan satu jawapan. Jawapan yang bisa menyelesaikan masalah-masalah mereka. Jiwaku resah, hatiku tidak dapat dibendung lagi. Qalbuku bermonolog. Apa harusku jawab? Soalannya remeh tapi amat susah untuk aku berikan penjelasan. Apakah ini dugaan dariMU Ya Allah? Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk aku menempuh jalanMU Ya Allah. Berikanku petunjukMU agar aku dapat membantu menyelesaikan mereka. Semoga penjelasan ini meneyebabkan mereka lebih kuat untuk beribadat kepadaMU Ya Allah.
“Sebenarnya, daripada apa yang aku belajar, orang yang kufur tidaklah dikira murtad. Sebaliknya, orang yang murtad mempunyai beberapa syarat yang memungkinkan mereka terjerumus ke lembah kemurakaan Allah. So, ang tak payah risaulah. Banyakkan berdoa kepada Allah moga ditetapkan Iman & Taqwa”, jelasku. “Owh, jadi siapa pula orang yang kufur??” soal mereka lagi. Kali ini aku diuji lagi.
“Cuba lihat dalam Al-Quran, Allah Taala banyak menyebut tentang orang yang kufur terhadapNYA. Antaranya ialah di dalam Surah Muhammad ayat 1:
الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللهِ أَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ
Maksudnya: Golongan-golongan yang kufur, dan orang-orang yang menghalang manusia dari jalan allah,maka mereka adalah sesesat-sesat perbuatan.
Di sini Allah menggunakan perkataan umum (الذين) iaitu sesiapapun orang-orang yang...yang apa???yang kufur kepada allah. Kalau kita melihat, kufur kepada Allah tidaklah tertumpu kepada satu benda sahaja. Ianya meluas. Kufur kepada allah mempunyai beberapa tahap. Antaranya Kufur Musyrik.
Siapakah golongan Kufur Musyrik ini? Merekalah golongan yang langsung tidak mengambil Allah sebagai tuhan. Jumpa batu, sembah batu,jumpa pokok sembah pokok,jumpa binatang, sembah binatang. Malahan sembah orang pun ada juga. Sebagai contoh,Diego Maradona”,ujarku.
“ Apa kena mengena Maradona dengan Kufur Musyrik nih? Dia memang confirm kafir”, soal ghufran yang kepeningan.
Jelasku lagi, “ketika diego maradona menjaringkan gol dan menang piala dunia 1986, orang-orang argentina yang fanatic dengannya menganggapnya sebagai tuhan,malah diwujudkan satu agama baru,iaitu agama maradona di argentina. Nama anak pun dibubuh dengan nama maradona juga sebab maradona pada tahun tersebut terlalu top sehinggakan pada satu tahap diangkat macam tuhan. Sehinggalah pada suatu ketika, dia hampir gagal membawa skuadnya ke piala dunia. Orang-orang yang selama ni dok sembah dia last-last maki dia,wartawan kutuk dia sebab argentina hamper-hampir tersingkir tidak boleh masuk piala dunia. semasa menang mereka sanjung dia.masa kalah mereka maki dia... inilah dia puak-puak yang kebangangan.” Ghufran dan nazri yang dari tadi mendengar ulasanku tergelak terbahak-bahak.
Tambahku lagi, “yang kedua ialah manusia yang beriman kepada Allah seperti kita, tetapi tidak mencapai tahap Iman. Mereka mempunyai i’tiqad yang salah dan fahaman yang salah juga dipanggil sebagai kufur. Ataupun manusia yang beriman tetapi menolak peraturan-peraturan tuhan dipanggil juga sebagai kufur. Apa yang kita boleh jelaskan di sini ialah perbuatan mereka. Perbuatan mereka yang menolak itulah dipanggil kufur. Bukanlah sebenarnya dia itu kafir@kuffar. Orang-orang yang kafir ialah orang bukan islam, tetapi kalau kita ini orang islam membantah peraturan Allah, seperti tak nak sembahyang, tak nak puasa, tak nak pergi haji, tolak hokum hudud, tolak peraturan Allah, namanya dipanggil sebagai kufur. Se
bab itu,kalau seseorang tidak sembahyang walapun dia kufur kerana tidak sembahyang, apabila dia mati nanti, wajib kita sembahyangkan jenazahnya, kebumikannya. Sebab apa? Sebab dia masih Islam. Itulah yang kita kena faham. Mungkin kita sekarang termasuk dalam golongan kufur kepada Allah, sebab ayat diatas tadi adalah berbentuk umum. Mungkin kita sembahyang tetapi kita menolak puasa. PERBUATAN kita menolak puasa itu adalah kafir tetapi bukan bermakna kita(muslim) telah bertukar menjadi Kafir Musyrik. Diingatkan sekali lagi,hanya PERBUATAN itu saja yang dipanggil sebagai kafir. Bertukar menjadi Kafir Musyrik disebabkan murtad. Kalau dia islam tapi sengaja tak mahu sembahyang dan puasa, dia masih lagi islam. Kafir itu maksudnya menutup hati daripada percaya kepada tidak percaya.
“Contohnya?” soal nazri pula. Aku membalas, “Sebagai contoh,, naim bertanya kepada mat...”kenapa kamu tak puasa mat??” mat menjawab ”ish, bukan wajib kepada aku. Aku dah mencapai tahap maqam tertinggi. Macam kamu semua kena puasa sebab kamu maqam rendah”, haa..perbuatan itu dianggap sebagai kafir.kalau dia mati, kena sembahyang jenazahnya sebab dia masih Islam.
Ada juga orang yang kufur dengan Allah sebab perbuatan-perbuatannya itu menolak peraturan Allah. Tak setuju dengan Islam lah, tak setuju dengan peraturan Tuhan lah. Allah Taala suruh orang yang mencuri dipotong tangannya, potong ajelah tangannya. Tetapi kita menjadikan orang yang mencuri itu tidak dipotong. Kata mereka tidak sesuai.ZALIM!! Mereka peti aiskan peraturan Allah. Mereka simpan dan sejukbekukan dalam peti ais. Semua ini tidak releven untuk digunakan di Negara majmu’. Mereka gunakan undang-undang penjara. Perbuatan itu juga dipanggil sebagai ( كفروا ), iaitu mengingkari perintah Allah. Sebenarnya kes di atas tidaklah zalim sebenarnya. Hal sebegini sengaja diperbesar-besarkan. Orang yang mencuri, ada beberapa syarat perlu dilihat dahulu sebelum hukuman dijalankan. Antaranya dalam hadith:
Dari 'Aisyah bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak boleh dipotong tangan seorang pencuri, kecuali sebesar satu per empat dinar ataulebih." Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut riwayat Muslim. Menurut Lafadz Bukhari: "Tangan seorang pencuri dipotong (jika mengambil sebesar satu per empat dinar atau lebih." Menurut riwayat Ahmad: "Potonglah jika mengambil satu per empat dinar dan jangan memotong jika mengambil lebih kurang daripada itu."
Dalam hadith yang lain:
Daripada 'Aisyah Radliyallaahu 'anha bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apakah engkau akan memberikan pertolongan untuk membebaskan suatu hukuman daripada hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah?". Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah. Baginda bersabda: "Wahai manusia, orang-orang sebelummu binasa adalah kerana jika ada seseorang yang terpandang di antara mereka mencuri, mereka membebaskannya, dan jika ada orang lemah di antara mereka mencuri, mereka menegakkan hukuman kepadanya." Muttafaqun Alaihi dan lafadznya menurut riwayat Muslim. Menurut riwayatnya dari jalan lain bahwa 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Ada seorang perempuan meminjam barang lalu memungkirinya, maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan untuk memotong tangannya.
Abu Umayyah al-Mahzumy Radliyallaahu 'anhu berkata: Dihadapkan kepada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam seorang pencuri yang telah benar-benar mengaku, namun dia tidak membawa barang curiannya. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Aku tidak mengira engkau mencuri." Ia berkata: Benar (aku telah mencuri). Beliau mengulanginya dua atau tiga kali. Lalu beliau memerintahkan untuk dihukum dan dipotonglah tangannya. Kemudian orang tersebut dihadapkan kepada beliau dan beliau bersabda: "Mintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya." Ia berkata: Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. Lalu beliau bersabda: "Ya Allah, berilah taubatkepadanya -tiga kali." riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Nasa'i. Lafadz menurut Abu Dawud.
[sila rujuk kitab Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam bab 10. Kitab Hukuman]
Allah menyuruh kita laksanakan hukum Allah.Mereka tidak pakai hukum ini kerana apa?? Kerana mereka anggap tidak sesuai?? Maknanya mereka lebih pandai daripada Allah. Perbuatan sedemikian dipanggil( كفروا), iaitu orang-orang yang kufur kepada allah.
Ada sesetengah orang terima hukum hudud, malah dia memperjuangkan hudud, juga dia terima hukum qisas, tetapi dia menolak hukum poligami. Apabila disebutkan hukum poligami, dia menolak sekeras-kerasnya. Contohnya seperti ini:
Aminah : Ayah, ada orang nak melamar saya. Minggu depan dia nak jumpa keluarga kita.
Ayah : Bagus, siapa lelaki itu?
Aminah : suami orang, ayah...
Ayah : Apa? Suami orang??! Pantang tok nenek aku menikah dua. Aku takkan benarkan kamu Menikah dengan lelaki itu!! Aku takkan jadikan kamu isteri orang yang no 2 no 3!! Jangan cari pasal, aku tak setuju!!!
Aminah : Tapi islam membenarkan poligami,ayah.
Ayah : Memang islam benarkan poligami tapi aku tak setuju! Islam ke tak islam ke…
Aminah : Hai, tapi ayah setuju hudud,hudud,hudud…mai poligami ke,ayah tak setuju…
Ayah : Ayah memang setuju kalau lelaki(maksudnya si ayah tu la) yang berpoligami,, kalau anak ayah kahwin dengan suami orang,, Ayah memang tak setuju….
Nazri dan ghufran serentak ketawa. “So, faham ke tak ni aku dok cerita tadi nih?” aku menyoal mereka. “Faham3”, balas mereka serentak. “Di sini dapat dilihat bahawa hukum hanya diambil oleh sesetengah orang hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Maka si ayah ini juga dikira sebagai كفروا kepada perintah Allah,” tambahku. Alhamdulillah, dengan bantuanMU Ya Allah, aku dapat membantu mereka. Semoga Allah membuka pintu hatiku untuk menerima ilmuNYa dan dapat disampaikan kepada semua yang memerlukan. Benarlah bahawa tugas da’wah ini bukan tugas yang mudah. Ianya perlukan persiapan yang rapi & the most important is, kena ada ilmu, kalau tidak ada ilmu, maka tidaklah seseorang itu menjadi faqih bahkan menjadi faqir.
P/s; Berbalik kepada kisah di atas, dapat disimpulkan bahawa ianya berkisar mengenai kesempurnaan Iman. Kesempurnaan Iman itu semolek-moleknya perlu dijaga. So, maksud beriman kepada Allah itu apa?? Sebenarnya kalau kita betul-betul faham, Iman itu adalah segala perintah Allah kena terima,segala larangan yang Allah larang,,,jangan sesekali kita buat.. itulah iman yang sebenar-benarnya. Cuba kita tengok sekarang, iman kita di mana? Dimana iman kita?? Rasa-rasanya Islam itu sesuai dengan kita, kita ambil. Rasa-rasanya peraturan Allah itu tidak sesuai dengan kita, kita simpan. Itu bukan iman yang sempurna. Iman yang sempurna, tidak ada bantahan, pertanyaan, persoalaan terhadap perintah Allah.
Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut di sambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Aku duduk sahaja di dalam kereta, aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku hempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.
"Nak apa?!"
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
" Assalamualaikum Nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."
Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan
dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan.
" Basuh sajalah, tapi, awas. Kalau calar kereta aku. Tahulah macamana aku nak ajar kau."
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery. Tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terbuka di rumah itu di tutup rapat.
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau.
"Pengotor, sial!" Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!
" Sudah nak?" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak tengok, dan bagi sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemeja. "Kenapa ni? Gila?!"
" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.
Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku pandang sahaja dengan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kuala lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar
dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit ,melayan meluat- melihat ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin. Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
" eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang banyak macam ini?" .
Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.
Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula.Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah?Ambillah semula,nak."
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana
tadi, tempat nelayan memunggah ikan.Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.
Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati." Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.
"HARGA DIRI".
*****************************