Iman yang selalu diperkukuhkan dan diperbaharui haruslah disertai dengan amal.. Iman tanpa amal atau amal tanpa iman adalah sia-sia.. Iman semata-mata tidak mampu menyelamatkan kita daripada azab neraka Allah di akhirat kelak.. Ianya perlulah disertai dengan melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah serta menjauhi segala bentuk larangan-Nya.
Amal tanpa iman juga tidak berguna di sisi Allah.. Di dalam surah Ibrahim ayat 18, Allah menyifatkan amalan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah sebagai sia-sia. Ayat tersebut bermaksud, “Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedahpun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.”
Tidak seperti ajaran yang dibawa oleh St. Paul di dalam agama Kristian.. Baginya, mengakui Jesus adalah Tuhan serta percaya bahawa Allah telah membangkitkannya selepas dia disalib sahaja sudah mencukupi. Hal ini disebutkan di dalam satu bab yang bernama Romans bab 10 ayat 9 hingga 10, "That if you confess with your mouth, "Jesus is Lord," and believe in your heart that God raised him from the dead, you will be saved. For it is with your heart that you believe and are justified, and it is with your mouth that you confess and are saved."
Seseorang yang patuh kepada suruhan agama Kristian pun belum tentu selamat, menurut St. Paul lagi.. Di dalam bab yang bernama Galatians bab 2 ayat 16 hingga 21 dinyatakan, "... a man is not justified by observing the law, but by faith in Jesus Christ... For if righteousness could be gained through the law, Christ died for nothing!"
Ianya bermaksud, "Seseorang itu tidak akan diadili hanya dengan mematuhi suruhan agama, tetapi diadili menurut keimanannya kepada Jesus.. Kerana jika kebaikan dapat diperolehi daripada mematuhi suruhan agama, maka sia-sialah kematian Jesus!"
Berdoalah kepada Allah agar sentiasa menetapkan iman di dalam hati kita hingga ke akhir hayat.. Perbanyakkanlah amalan yang boleh menambahkan keimanan, kerana iman manusia sentiasa meningkat dan menurun.. Kita tidak sama seperti malaikat, yang imannya tetap sepanjang masa.. Ataupun seperti para Nabi, yang imannya sentiasa menaik, tidak pernah turun.. Kita adalah manusia yang perlu berdoa kepada pemilik hati ini, agar ditetapkan dalam jalan yang diredhai-Nya..

No comments:
Post a Comment