Saturday, July 16, 2011

..::BELAJAR DARIPADA SYAKSIAH SA'AD BIN ABI WAQQAS::..

Beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh yang termaktub namanya paling awal masuk syurga. Beliau juga merupakan orang yang keempat masuk Islam selepas Abu Bakar, Ali dan Khadijah Radhiyallahu Anhum Jami’aa. Sa’ad bin Abi Waqqas merupakan bapa saudara Nabi Muhammad daripada sebelah isteri. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbangga dengan Sa’ad Bin Abi Waqqas kerana beliau merupakan orang yang bukan sahaja begitu banyak pengorbanannya untuk Islam, malahan beliau merupakan seorang yang sangat berani. 

Beliau disifatkan dalam hadith-hadith sahih merupakan orang yang pertama melontarkan lembing/panahnya untuk agama Allah Subhanahu Wata’ala. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda dengan bangganya:

"Mahukah kamu tunjukkan kepadaku siapakah bapa saudara kamu semua, dan aku berbangga bapa saudaraku adalah Sa’ad Bin Abi Waqqas"

 Seperti yang kita sedia maklum, apabila orang Islam berada di zaman Makkiy, mereka mengambil sikap mempertahankan diri sahaja. Sebaliknya apabila mereka berhijrah ke Madinah, turunlah ayat berkaitan Jihad, seperti di dalam surah al-Hajj ayat 39:

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

Sebelum tercetusnya perang Badar, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mengutuskan satu delegasi perang/peninjau/pengintip yang dipimpin oleh Sa’ad Bin Abi Waqqas Radhiyallahu ‘Anhu.Banyak kisah yang menarik mengenai beliau. Antaranya ketika beliau sedang sakit, dan sakitnya itu sangat kuat, maka Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menziarahinya. Lalu beliau pun berkata kepada Baginda:

Ya Rasulallah, bolehkah saya mewariskan kesemua harta saya? Jawapan Baginda: Tidak boleh.. bolehkah seperdua wahai Rasulullah? Nabi menjawab tidak boleh. Bolehkah sepertiga? Baginda pun menjawab: sepertiga? Sepertiga itu banyak sebenarnya.

Lalu dalam kaedah Islam, kebenaran untuk mewasiatkan harta janganlah lebih daripada sepertiga berdasarkan daripada peristiwa ini. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam apabila menziarahi para sahabat, ada hadith tentang Baginda merawat mereka. Contohnya Baginda membacakan:

لَا بَأْسَ طَهُورٌ إِن شَاءَ الله

Tidak mengapa, mudah-mudahan penyakit menjadi penyuci kepada dosa-dosamu
 (Doa ini wajar kita amalkan kalau kita sakit sebelum berjumpa dengan doctor. Hal ini sebagai memenuhi tuntutan sunnah).

Akhirnya Sa’ad pulih dan umurnya panjang. Baginda Sallallahu A’alaihi Wasallam telahpun wafat, beliau masih lagi hidup. Sa’ad bin Abi Waqqas telah banyak menyertai misi pembukaan Negara Islam. Contohnya Parsi. Apabila mendapat kemenangan di Parsi, akhirnya Sa’ad ditaklifkan oleh Amirul Mu’minin ‘Umar Ibn al-Khattab sebagai gabenor di Kufah. Saad memegang amanah ini dalam tempoh yang agak lama. Tiba-tiba, terdapat satu kumpulan yang ternyata ingin membuat konspirasi untuk menjatuhkan Sa’ad Bin Abi Waqqas. Beliau telah terjerumus dalam komplot konspirasi ini yang diketuai oleh ketua kumpulan tersebut yang bernama Abu Qatadah. 

Pada suatu hari, Sayyiduna ‘Umar al-Khattab telah berangkat ke Kufah untuk bertanya kepada punduduk Kufah tentang perkembangan Islam di sana. Ketika ‘Umar melalui sebuah Masjid, ketika itu juga Abu Qatadah sudah siap menunggu di sana. Lalu ‘Umar al-Khattab bertanya kepada Abu Qatadah:

Apakah pendapatmu tentang gabenor di wilayah ini? Abu Qatadah menjawab, siapa yang tidak kenal Sa’ad Bin Waqqas. Jawapan daripada Abu Qatadah serta ahli kumpulannya yang memang berniat jahat untuk menjatuhkan Sa’ad.apa jawapannya? Padanya(Sa’ad Bin Abi Waqqas) ada tiga cacat cela. Yang pertama dia tidak berhukum dengan adil. Kedua, dia tidak membahagikan dengan sama rata, dia tidak melihat kes-kes yang dibawa kepadanya dengan sempurna. Dan yang ketiga, dia tidak menyempurnakan solat dengan betul semasa menjadi Imam.Ini merupakan satu tuduhan yang amat zalim terhadap syaksiah yang hebat. 

Mendengar sahaja keterangan mereka, Sayyiduna ‘Umar pada waktu itu terus melucutkan jawatan Sa’ad bin Abi Waqqas. Sa’ad berlapang dada dalam hal ini kerana baginya tanggungjawab politik ini satu bebanan dan satu masalah besar yang akan ditanya oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Sayyiduna ‘Umar berkata, aku telah bertanya kepada sekelompok kumpulan dan jawapan mereka begitu dan begini terhadap kamu. Pertahankanlah dirimu… Sa’ad berkata: Wahai ‘Umar al-Khattab , aku adalah orang yang keempat masuk Islam bersama-sama Abu Bakar, Ali dan Khadijah. Berkenaan dengan pengagihan harta ini, engkau lihatlah rumahku sendiri, aku bukanlah ada apa-apa. Aku masuk Islam dan menyertai Rasulullah selama 23 tahun sehingga Baginda wafat. Siapakah dalam kalangan kita yang tidak tahu rakaat pertama Baginda lebih panjang daripada rakaat kedua.
(Sunnah dalam sembahyang rakaat pertama lebih panjang daripada rakaat kedua. Dalam mazhab Syafi’ie dituntut supaya membaca surah yang awal di rakaat pertama dan surah kemudian di rakaat kedua. Makruh sekiranya mendahulukan surah yang kemudian di rakaat pertama. Namun pokoknya rakaat pertama lebih panjang daripada rakaat kedua). 

Tiada seorang pun sahabat yang menafikan perkara tersebut.Sambung Sa’ad lagi, itulah solat yang ku lakukan bersama mereka semasa menjadi amir di kufah. Lalu Sa’ad bin abi Waqqas berdoa dan doanya yang mustajab. Dahulu ketika Rasulullah hidup, Sa’ad bertanya kepada Baginda, 

apakah rahsia orang itu dimustajabkan doa?Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: Wahai Sa’ad perelokkan makananmu agar doamu diterima 

Saad berpegang pada prinsip tersebut di dalam hidup. Beliau hanya makan makanan yang halal dan bersih.

Pada hari tersebut Sa’ad berdoa di hadapan ‘Umar al-Khattab disaksikan sahabat-sahabat yang lain pada hari beliau dilucutkan jawatan itu dengan doanya:

Ya Allah, sekiranya si fulan ini dengki denganku dan inginkan fitnah, maka panjangkanlah umurnya.. dan dedahkannya kepada fitnah-fitnah

Kata Sa’id Ibn Musayyib yang meriwayatkan hadith ini dalam Al-Azkar oleh al-Imam an-Nawawi ada menyatakan, Abu Qatadah umurnya panjang. Matanya jatuh ke bawah, matanya tidak kelihatan kerana ditutupi oleh kedut di atas dahinya dan kendur ke bawah. Hidupnya sentiasa berfoya-foya dengan gadis-gadis di Kufah. Bukan itu sahaja, sia menjadi bahan ejekan dan lontaran batu oleh orang kufah. Bila ditanya kepadanya mengapa hidupnya jadi begini…jawapannya: 

ini adalah kesan doa Sa’ad Bin Abi Waqqas.

***************************** 

Read more...

Tuesday, July 12, 2011

..::ZAMAN "RENAISSANCE" DI KEPULAUAN MELAYU(penerangan secara ringkas)::..

Saya amat tertarik dengan penerangan oleh sahabat saya saudara Hazizie Sulkafle,,yang mana penerangannya berkisarkan sejarah Kepulauan Melayu yang kononnya dulu dipengaruhi oleh Hindu-Buddha tetapi ada penerangan yang menolak hujjah tersebut.. Berikut adalah penerangannya:

Teori ni saya dapat dan ambil berdasarkan pemahaman saya terhadap hasil kajian Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam ucapannya yg dibukukan bertajuk "Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu". Di permulaan,beliau menyatakan bahawa adalah satu perkara yg kurang tepat sekiranya kita terlalu mengaitkan dan membandingkan sejarah dan kebudayaan Melayu dengan sejarah dan kebudayaan India ataupun Hindu-Buddha.Bahkan keadaan Kepulauan Melayu (KM) sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan tamadun Eropah yg didominasi oleh Empayar Rom.

Selanjutnya beliau menambah bahawa sesungguhnya tamadun India dan Hindu-Buddha tidak berjaya mengakar umbi dalam kehidupan penduduk Kepualuan Melayu dengan kuat,jika berjaya pun,hanya di beberapa tempat sahaja seperti Bali.Secara amnya,penduduk Kepulauan Melayu tidak terlalu terpengaruh dengan kebudayaan Hindu-Buddha kecuali dalam beberapa aspek kebudayaan dan cara hidup. Namun dari segi falsafah,worldview dan aktiviti ilmiah,penduduk Kepulauan Melayu tidak terpengaruh dengan falsafah dan pemikiran Hindu-Buddha yg mana perkara ini hanya terjadi dalam kalangan golongan bangsawan dan diraja sahaja.

Selanjutnya,beliau mengatakan bahawa pengaruh Hindu-Buddha hanya kuat dalam kalangan golongan istana sahaja.Aktiviti ilmiah juga hanya berlaku dalam istana sahaja tanpa disebarkan kpd rakyat. Secara kesimpulannya,beliau menolak hujah2 dan teori2 sarjana Barat yg mengatakan bahawa tamadun dan kebudayaan Hindu-Buddha membawa pengaruh yg cukup besar dalam kehidupan penduduk Kepulauan Melayu.Namun,beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak menolak pengaruh Hindu-Buddha di Kepulauan Melayu tapi penaruhnya tidaklah sehebat dan sepenting sebagaimana yg diuar-uarkan berbanding dengan pengaruh yg dibawa oleh Islam.

Berbanding dengan Islam,kedatangannya ke Kepulauan Melayu (KM) pada abad ke 12 (bahkan mungkin lebih awal) telah membuka mata penduduk KM dan membawa 'Nur' dalam peradaban dan budaya penduduk KM. Buktinya boleh dilihat dari aspek bahasa sendiri yg mana pengaruh istilah2 dan perkataan Arab-Islam dalam bahasa Melayu lebih besar berbanding pengaruh Hindu-Buddha. Dengan kedatangan Islam juga,munculnya karya2 saduran seperti Hikayat Amir Hamzah,Muhammad Hanafiah dan karya2 terjemahan ulama2 Islam. Ketika zaman Hindu-Buddha,aktiviti ini berlaku tetapi seperti yg dinyatakan di atas, hanya terhad dalam kalangan golongan bangsawan dan istana sahaja berbanding zaman Islam yg mana semua ini disebarkan kpd rakyat.

Dengan kedatangan Islam juga,aktiviti perdagangan dan diplomatik kerajaan2 di KM semakin meluas berbanding zaman Hindu-Buddha. Hal ini disebabkan kegiatan pedagang2 Islam dari Timur Tengah yg giat berdagang ke serata dunia sehingga pelabuhan2 di KM seperti Melaka,Johor dan Aceh terkenal sebagai pelabuhan antarabangsa di mata dunia. Aktiviti2 ilmiah juga bertambah giat dengan adanya penduduk KM yg melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dan menjadi tokoh di KM setelah pulang seperti Hamzah Fansuri,Nuruddin al Raniri dan Abdul Rauf al-Singkili.Pengaruh mereka bukan setakat dalam kalangan golongan bangsawan sahaja bahkan berakar umbi dan tersebar dalam kalangan rakyat biasa.

Namun begitu,timbul persoalan mengapa zaman "Renaissance" di KM tidak sehebat Renaissance di Eropah dari segi kesannya? Jawapan bagi persoalan ini dapat dijawab dengan terjadinya penjajahan kuasa2 Eropah di KM seawal abad ke 16 yg telah membantutkan "Reanaissance" di KM dan pengaruh Islam yg diterima di KM adalah arus Islam yg telah mula melemah(jika kita lihat,abad ke 12 adalah tempoh masa di mana Khalifah Abbasiyyah di Baghdad telah mula jatuh,menunjukkan tanda2 kelemahan dan umat Islam telah mula leka) dan tidak berlakunya perhubungan langsung antara KM dengan tamadun Islam(Islam di KM datang melalui perdagangan,bukannya dengan pembukaan). Jarak yg jauh juga antara faktor yg menyumbang kerana berbanding dengan Eropah yg cukup hampir dengan tamadun Andalusia, kita terlalu jauh dengan pusat perkembangan Islam.

Kesimpulannya,kedatangan Islam sesungguhnya membawa kesan yg cukup besar dalam peradaban dan kebudayaan KM.Walaupun pengaruh Islam menladi perlahan setelah kedatangan kuasa Eropah, Islam tetap secara selangkah demi selangkah menjadi pemangkin kepada beberapa tempoh masa dan peristiwa yg penting dalam sejarah KM.

Ala kulli hal ini sekadar pandangan serta analisis perkembangan sejarah dan kebudayaan KM yg diwarnai pelbagai unsur2 tamadun lain iaitu tamadun Hindu-Buddha,tamadun China dan tamadun Islam itu sendiri dan terbuka kepada sebarang komentar.Namun begitu,ingin ditegaskan sekali lagi bahawa kedatangan Islam telah membawa kesan yg besar kpd tamadun dan kebudayaan KM yg mana fakta ini cuba dinafikan oleh sesetengah sejarawan terutama dari Barat.Wallahualam.
(Insya Allah perbincangan dan artikel yg lebih terperinci mengenai tajuk ini akan menyusul nanti.)

Read more...

..::ANTARA NILAI AGAMA DAN BANGSA::..

Sesungguhnya Islam memiliki segala asas kesejagatan dan menjamin keperluan manusia tanpa mengira perbezaan agama,keturunan, warna kulit dan sebagainya (sama ada secara individu atau berkelompok). Asas kesejagatan tersebut ialah toleransi, kerjasama, keadilan (persamaan dan jaminan hak atau tanggungjawab), asas kemajuan dan pembangunan, jaminan keselamatan awam dan sebagainya.

Menurut Dr. Abdul Karim Othman dalam kitabnya an-nizam as-siyasi fi al-Islam(138-139), asas ini telah memberikan kekuatan kepada Islam untuk menjadi tunggak dan kepimpinan atau penggerak utama(leadership) kepada perhubungan dua hala yang baik, harmoni dan berkesan.Falsafah beberapa ajaran lain dan fahaman moden boleh mencetuskan konflik kepentingan. Contohnya Barat menganut falsafah penjajahan yang akan menjejaskan hubungan dua hala serta mencetuskan ketegangan. Malah Barat menolak peranan agama dalam urusan kenegaraan. Kristian sendiri ada mengamalkan konsep perbezaan antara kulit putih dan kulit hitam dalam upacara keagamaan di gereja. Ada juga ajaran agama yang lebih tertumpu kepada aspek penyucian roh dari belenggu jasad sehingga tiada garisan panduan khusus dalam aspek politik dan penyusunan masyarakat. Dengan itu mereka sukar untuk menjadi penggerak kepada agenda perhubungan agama dan bangsa, sebaliknya lebih tertumpu kepada aspek bangsa semata-mata dengan menolak perhubungan agama.

Sejarah perhubungan agama yang direkodkan oleh Islam sangat membina dan memberangsangkan, di mana prinsip hak dan tanggungjawab telah dilaksanakan dalam pemerintahan Islam bagi menjamin kehidupan orang bukan Islam tidak terabai atau disia-siakan. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menegaskan prinsip tersebut melalui sabdanya yang melarang keras perbuatan khianat dan zalim terhadap orang bukan Islam dalam Negara Islam, sehingga Baginda menganggap perbuatan seperti itu sebagai menghina dan menyakiti Baginda sendiri.

Jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah di Turku pada tahun 1924, sarjana-sarjana Islam membayangkan bahawa kejatuhan itu adalah satu kerugian besar kepada dunia seluruhnya, bukan setakat umat Islam kerana Islam tidak dapat lagi memberikan sumbangan yang besar kepada kesejahteraan manusia sejagat sama ada secara langsung atau tidak. Selepas itu misi kesjahteraan cuba di terajui oleh kuasa Barat, tetapi sebaliknya mereka mencipta berbagai-bagai teori yang hanya bertujuan mengaut keuntungan sebelah pihak sehingga melebarkan konflik dalam masyarakat dunia dan akhirnya berlaku penindasan demi penindasan dan dunia menyaksikan Tanah melayu turut menerima tempias yang sedemikian rupa.

Inilah persoalan yang ditegaskan oleh Syaikh Abu al-Hassan Ali an-Nadwi dalam kitabnya Maza Khasira al-Alam bi al-Inhitat al-Muslimin, bahawa Islam perlu diangkat menjadi peneraju kepada perhubungan antara agama dan bangsa. Realiti hari ini dapat dilihat, ruang untuk umat Islam kembali menerajui ala mini semakin pudar apabila keadaan ini menjadi terbalik sama sekali, di mana umat Islam pula menjadi murid kepada Barat. Undang-undang Islam diambil hanya untuk memenuhi tuntunan nafsu si pemerintah semata-mata, undang-undang sivil pula dipuja dan dijaga. Umat Islam hari ini lebih banyak memikirkan masalah satu masyarakat,lebih banyak berbangga dengan keistimewaan masyarakatnya sahaja sambil meminggirkan masalah masyarakat seluruhnya, dan dapat dilihat hukum Islam ditolak ketepi. Yang diambil hanyalah cebisan yang dirasakan bersesuaian dan kena pada tempatnya, seolah-olah agama itu umpama boneka sahaja. Maka, dengan sendirinya lemahlah peranan Islam dalam kehidupan sejagat, kerana munculnya berbagai-bagai krisis dalaman sendiri(seperti yang disebutkan di atas) setelah pedoman hidup mereka tidak lagi disanjung tinggi. Apabila kehidupan mereka terus diselubungi kelemahan, hilanglah kekuatan umat Islam satu persatu bermula dengan kuasa politik, ekonomi dan sebagainya.

Read more...

Monday, July 4, 2011

..::Kisah Talut & Jalut::..

..::refresh kisah teladan::..



Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 246-252 mafhumnya:

[246]Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.


[247] Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.


[248] Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman".


[249] Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".


[250] Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"


[251] Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.


[252] Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah. 

*****************


Kisah ini terjadi sesudah zaman Nabi Musa di mana orang Bani Israil telah meminta kepada nabi mereka iaitu Nabi Samuel  untuk mengangkat seorang raja untuk memerangi Jalut yang telah mengusir mereka dari kampungnya."Angkatlah seorang raja untuk kami, nescaya kami berperang di jalan Allah." kata mereka.


"Jangan-jangan jika diwajibkan atasmu berperang, kamu tidak akan berperang juga," jawab Nabi Samuel.


"Mengapa kami tidak akan berperang di jalan Allah, sedangkan kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dipisahkan dari anak-anak kami," jawab mereka.


Namun, ketika perang itu diwajibkan atas mereka, mereka berpaling, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Terbuktilah anggapan Nabi Samuel tersebut.


Kemudian, Nabi Samuel menyatakan bahawa Allah telah mengangkat Talut, seorang petani dan peternak miskin dari desa, menjadi raja mereka, dan keputusan itu telah dibangkang sepenuhnya oleh mereka.


"Bagaimana Talut memperoleh kerajaan atas kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberi kekayaan yang banyak?" jawab mereka.


"Allah telah memilihnya menjadi raja kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan kekuatan. Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui," jawab Nabi Samuel.


Lalu didatangkan kepada mereka bukti iaitu Tabut, peti kayu berlapiskan emas yang didalamnya berisi ketenangan dan peninggalan keluarga Nabi Musa dan Harun (At Thobari). 


Ketika Talut membawa bala tenteranya sejumlah 80 Ribu orang (riwayat lain 300 Ribu orang) untuk melawan tentara Jalut termasuk didalamnya Nabi Daud. Talut berkata, "Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum airnya, dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali mengambil secukupnya dengan tangan".


Tibalah mereka pada sebuah sungai antara Urdun (Jordan) dan palestin nafsu mereka mengalahkan segalanya. Banyak dari tentara Talut melanggar perintah tersebut dengan meminum air sepuas-puasnya pada sungai tersebut. Dan tentera Talut menyusut menjadi 319 orang (riwayat lain, 313) yang tetap taat terhadap perintah Talut dengan minum secukupnya. 


Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan, Talut dan orang-orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka yang tidak taat  berkata, "Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya".


Namun, bagi mereka yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah pula berkata, "Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."


Maka, semakin berkuranglah tentera Talut yang terus berjuang. Mereka Berjaya menghadapi ujian-ujian Allah. Mereka sangat kuat dan bersemangat. Mereka tidak seperti orang-orang yang luntur iman mereka, yang telah  keluar sebelum sempat berhadapan dengan bala tentera Jalut.


Dan ketika mereka maju melawan Jalut dan tenteranya, mereka berdoa, "Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"


Meskipun dengan jumlah tentera yang sedikit, Talut tetap maju melawan Jalut. Kedua pasukan pun bertemu dan terjadilah perang satu lawan satu. Daud juga mendapat giliran. Ia berani melawan Jalut, pemimpin pasukan lawan. Melihat sosok kecil Daud, Jalut meremehkannya dengan menggertak, " Nyah kau, aku tidak suka membunuh anak kecil." Tidak mahu kalah, Daud menyahut, " Aku suka membunuhmu." Serangan Daud ternyata menggerunkan Jalut. Daud mampu mengalahkannya, bahkan membunuh Jalut. Dengan demikian, pasukan Talut telah mencapai kemenangan. Kejayaan Daud ini menjadi buah bibir dalam kalangan Bani Israil.


Dan akhirnya beberapa tahun kemudian, Allah memberikan kekuasaan pada Daud menggantikan Talut dan mengangkat Daud menjadi Nabi. 


**********************

Read more...