"Andai Islam Seperti Sebuah Bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda, aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati2 yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."- AS-SYAHID AL-IMAM HASSAN AL-BANNA.
Buku ini diluncurkan untuk merancakkan medan perbincangan yang sihat,menyegarkan budaya intelektual,berdebat dengan sumur akal yang jernih yang jauh dari sentimen melulu dan emosi yang meledak. Saya percayai alaf baru ini adalah milenium yang baru yang maklumat tidak lagi boleh disembunyikan di dalam 'tempayan emas', langit terbuka telah memuntahkan jutaan maklumat di hujung jari. Generasi 'Y' yang melatari fenomena dunia langit terbuka ini sudah tidak mampu untuk disuap dengan maklumat yang bersifat sehala. Kelompok ini mesti dimenangi oleh gerakan Islam dengan maklumat yang telus tetapi beradab, mereka tidak boleh dibiarkan meraba-raba dan membuat telahan tentang cermin perjalanan gerakan Islam.
Namun di sudut sepi ku akan Terus menjaga lentera qalbi Agar tetap menyala Walaupun suram
Di hujung mimpi Aku masih sering mengenang Hingga ilusi jiwa Terungkap dalam tirai misteri
Di saat kelopak mata terbuka, Ku ingin rasakan hebatnya perjuangan Ku ingin sandarkan penat jiwa dalam ketentuanMU Meski secebis cuma Walau ruas hati telah patah Walau cermin diri telah retak Walau segelumang hasrat telah hancur
Di bawah nyala lentera qalbi.... Kurangkum bait do'a dan puji Agar lorong jiwa tak kian berkerak gelap
Di sini aku bangun tangan bersambut padu... Di sini aku menggalas kudrat bersama teman-temanku.... Di sini jiwaku memburu perjuangan nan satu
Setiap detik.... Setiap saat.... Setiap ketika... Di kamar hati ini...