Suasana pada pagi Jumaat sunyi sahaja. Almaklumlah, kelas tak ada. Kawan-kawan pula ramai yang sudah pulang ke rumah dari semalam lagi. Cuma yang tinggal hanya saya, nazri & ghufran sahaja. Selalunya muka kami lah yang jarang balik kampung. Biasalah, kampung kami ni jauh nun di Utara sana. So, tak ada kerja lainlah selain terperap dalam bilik & sembang kosong. Sebenarnya, ada satu benda menarik yang ingin saya kongsikan. Boleh kiranya saya katakan ia sebagai sesuatu yang membuka mata saya ke hadapan. Sebab, di sini saya bertemu dengan masalah orang yang inginkan penjelasan daripada saya. InsyaAllah, hayati kisah yang tidak seberapa ini..
“Wei, nie aku ada beli nasi lemak. Ambil lah..aku belanja” pelawa ghufran.dia ni memang pemurah orangnya. Sebab itulah ramai yang suka berkawan dengannya. Entah apalah niat sebenar mereka, tetapi lebih baik saya husnuz-zon sahaja. Lalu, tanpa banyak bicara, kami terus membuka bungkusan berisi nasi lemak tersebut. Macam biasalah, kami makan dalam bentuk halaqah.
“Nasi lemak je..?belilah kfc ke McD ke..” kata ghufran. Si ghufran ni memang suka menyakat nazri. Kalau sehari tak kacau nazri memang tak sah.
“Hang nie, orang dah belanja ambil je lah. Dok hingaq pulak. Hang ni tak bersyukur langsung. Hang nak tau tak, ustaz aku cakap siapa yang tak bersyukur dengan pemberian orang, dia ni seorang yang kufur nikmat tau”,syarah nazri. Aku hanya tersenyum memerhati gelagat mereka apabila bertengkar. “hang agak-agak la nak kata aku ni kufur, aku ni orang Islam..sampai hati ang kata aku macam tu”, kata ghufran dalam keadaan merajuk. “La, touching pula kawan aku sorang nie..bukan aku yang cakap,ustaz aku yang cakap macam tu,” pujuk nazri. “ustaz hang saja nak kelentong kot,” balas ghufran.. Nazri dengan nada tidak puas hati berkata,” buat apa aku nak bohong hang, hang tak percaya tanya tok guru kita. Shakir, betul tak pa yang aku cakapkan tadi??
Aku dari tadi hanya memerhati sedikit terkejut. “Hah??” “betul tak tadi aku cakap berkenaan orang yang tak bersyukur dengan pemberian orang lain atau daripada sesiapapun, dia boleh dianggap kufur nikmat”, soal nazri.Errm,betul”, kataku. “ So, orang yang kufur ni boleh jadi murtad ke? Alamak, selama nie solat aku, amalan aku ni tak diterima oleh Allah ke?? Macamana ni??” panik ghufran. “Err, entah! Aku pun tak tahu la, aku dengar ustaz aku cakap macam tu masa nak dekat habis waktu kelas. Hang kan tau kan aku ni kaki ceng(ponteng kelas),hehehe,” balas nazri menambah keraguan ghufran.
Secara automatiknya, dua pasang mata sudah tertumpu ke arahku. Yang pastinya, mereka menantikan satu jawapan. Jawapan yang bisa menyelesaikan masalah-masalah mereka. Jiwaku resah, hatiku tidak dapat dibendung lagi. Qalbuku bermonolog. Apa harusku jawab? Soalannya remeh tapi amat susah untuk aku berikan penjelasan. Apakah ini dugaan dariMU Ya Allah? Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk aku menempuh jalanMU Ya Allah. Berikanku petunjukMU agar aku dapat membantu menyelesaikan mereka. Semoga penjelasan ini meneyebabkan mereka lebih kuat untuk beribadat kepadaMU Ya Allah.
“Sebenarnya, daripada apa yang aku belajar, orang yang kufur tidaklah dikira murtad. Sebaliknya, orang yang murtad mempunyai beberapa syarat yang memungkinkan mereka terjerumus ke lembah kemurakaan Allah. So, ang tak payah risaulah. Banyakkan berdoa kepada Allah moga ditetapkan Iman & Taqwa”, jelasku. “Owh, jadi siapa pula orang yang kufur??” soal mereka lagi. Kali ini aku diuji lagi.
“Cuba lihat dalam Al-Quran, Allah Taala banyak menyebut tentang orang yang kufur terhadapNYA. Antaranya ialah di dalam Surah Muhammad ayat 1:
الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللهِ أَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ
Maksudnya: Golongan-golongan yang kufur, dan orang-orang yang menghalang manusia dari jalan allah,maka mereka adalah sesesat-sesat perbuatan.
Di sini Allah menggunakan perkataan umum (الذين) iaitu sesiapapun orang-orang yang...yang apa???yang kufur kepada allah. Kalau kita melihat, kufur kepada Allah tidaklah tertumpu kepada satu benda sahaja. Ianya meluas. Kufur kepada allah mempunyai beberapa tahap. Antaranya Kufur Musyrik.
Siapakah golongan Kufur Musyrik ini? Merekalah golongan yang langsung tidak mengambil Allah sebagai tuhan. Jumpa batu, sembah batu,jumpa pokok sembah pokok,jumpa binatang, sembah binatang. Malahan sembah orang pun ada juga. Sebagai contoh,Diego Maradona”,ujarku.
“ Apa kena mengena Maradona dengan Kufur Musyrik nih? Dia memang confirm kafir”, soal ghufran yang kepeningan.
Jelasku lagi, “ketika diego maradona menjaringkan gol dan menang piala dunia 1986, orang-orang argentina yang fanatic dengannya menganggapnya sebagai tuhan,malah diwujudkan satu agama baru,iaitu agama maradona di argentina. Nama anak pun dibubuh dengan nama maradona juga sebab maradona pada tahun tersebut terlalu top sehinggakan pada satu tahap diangkat macam tuhan. Sehinggalah pada suatu ketika, dia hampir gagal membawa skuadnya ke piala dunia. Orang-orang yang selama ni dok sembah dia last-last maki dia,wartawan kutuk dia sebab argentina hamper-hampir tersingkir tidak boleh masuk piala dunia. semasa menang mereka sanjung dia.masa kalah mereka maki dia... inilah dia puak-puak yang kebangangan.” Ghufran dan nazri yang dari tadi mendengar ulasanku tergelak terbahak-bahak.
Tambahku lagi, “yang kedua ialah manusia yang beriman kepada Allah seperti kita, tetapi tidak mencapai tahap Iman. Mereka mempunyai i’tiqad yang salah dan fahaman yang salah juga dipanggil sebagai kufur. Ataupun manusia yang beriman tetapi menolak peraturan-peraturan tuhan dipanggil juga sebagai kufur. Apa yang kita boleh jelaskan di sini ialah perbuatan mereka. Perbuatan mereka yang menolak itulah dipanggil kufur. Bukanlah sebenarnya dia itu kafir@kuffar. Orang-orang yang kafir ialah orang bukan islam, tetapi kalau kita ini orang islam membantah peraturan Allah, seperti tak nak sembahyang, tak nak puasa, tak nak pergi haji, tolak hokum hudud, tolak peraturan Allah, namanya dipanggil sebagai kufur. Se
bab itu,kalau seseorang tidak sembahyang walapun dia kufur kerana tidak sembahyang, apabila dia mati nanti, wajib kita sembahyangkan jenazahnya, kebumikannya. Sebab apa? Sebab dia masih Islam. Itulah yang kita kena faham. Mungkin kita sekarang termasuk dalam golongan kufur kepada Allah, sebab ayat diatas tadi adalah berbentuk umum. Mungkin kita sembahyang tetapi kita menolak puasa. PERBUATAN kita menolak puasa itu adalah kafir tetapi bukan bermakna kita(muslim) telah bertukar menjadi Kafir Musyrik. Diingatkan sekali lagi,hanya PERBUATAN itu saja yang dipanggil sebagai kafir. Bertukar menjadi Kafir Musyrik disebabkan murtad. Kalau dia islam tapi sengaja tak mahu sembahyang dan puasa, dia masih lagi islam. Kafir itu maksudnya menutup hati daripada percaya kepada tidak percaya.
“Contohnya?” soal nazri pula. Aku membalas, “Sebagai contoh,, naim bertanya kepada mat...”kenapa kamu tak puasa mat??” mat menjawab ”ish, bukan wajib kepada aku. Aku dah mencapai tahap maqam tertinggi. Macam kamu semua kena puasa sebab kamu maqam rendah”, haa..perbuatan itu dianggap sebagai kafir.kalau dia mati, kena sembahyang jenazahnya sebab dia masih Islam.
Ada juga orang yang kufur dengan Allah sebab perbuatan-perbuatannya itu menolak peraturan Allah. Tak setuju dengan Islam lah, tak setuju dengan peraturan Tuhan lah. Allah Taala suruh orang yang mencuri dipotong tangannya, potong ajelah tangannya. Tetapi kita menjadikan orang yang mencuri itu tidak dipotong. Kata mereka tidak sesuai.ZALIM!! Mereka peti aiskan peraturan Allah. Mereka simpan dan sejukbekukan dalam peti ais. Semua ini tidak releven untuk digunakan di Negara majmu’. Mereka gunakan undang-undang penjara. Perbuatan itu juga dipanggil sebagai ( كفروا ), iaitu mengingkari perintah Allah. Sebenarnya kes di atas tidaklah zalim sebenarnya. Hal sebegini sengaja diperbesar-besarkan. Orang yang mencuri, ada beberapa syarat perlu dilihat dahulu sebelum hukuman dijalankan. Antaranya dalam hadith:
Dari 'Aisyah bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak boleh dipotong tangan seorang pencuri, kecuali sebesar satu per empat dinar ataulebih." Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut riwayat Muslim. Menurut Lafadz Bukhari: "Tangan seorang pencuri dipotong (jika mengambil sebesar satu per empat dinar atau lebih." Menurut riwayat Ahmad: "Potonglah jika mengambil satu per empat dinar dan jangan memotong jika mengambil lebih kurang daripada itu."
Dalam hadith yang lain:
Daripada 'Aisyah Radliyallaahu 'anha bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apakah engkau akan memberikan pertolongan untuk membebaskan suatu hukuman daripada hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah?". Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah. Baginda bersabda: "Wahai manusia, orang-orang sebelummu binasa adalah kerana jika ada seseorang yang terpandang di antara mereka mencuri, mereka membebaskannya, dan jika ada orang lemah di antara mereka mencuri, mereka menegakkan hukuman kepadanya." Muttafaqun Alaihi dan lafadznya menurut riwayat Muslim. Menurut riwayatnya dari jalan lain bahwa 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Ada seorang perempuan meminjam barang lalu memungkirinya, maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan untuk memotong tangannya.
Abu Umayyah al-Mahzumy Radliyallaahu 'anhu berkata: Dihadapkan kepada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam seorang pencuri yang telah benar-benar mengaku, namun dia tidak membawa barang curiannya. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Aku tidak mengira engkau mencuri." Ia berkata: Benar (aku telah mencuri). Beliau mengulanginya dua atau tiga kali. Lalu beliau memerintahkan untuk dihukum dan dipotonglah tangannya. Kemudian orang tersebut dihadapkan kepada beliau dan beliau bersabda: "Mintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya." Ia berkata: Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. Lalu beliau bersabda: "Ya Allah, berilah taubatkepadanya -tiga kali." riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Nasa'i. Lafadz menurut Abu Dawud.
[sila rujuk kitab Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam bab 10. Kitab Hukuman]
Allah menyuruh kita laksanakan hukum Allah.Mereka tidak pakai hukum ini kerana apa?? Kerana mereka anggap tidak sesuai?? Maknanya mereka lebih pandai daripada Allah. Perbuatan sedemikian dipanggil( كفروا), iaitu orang-orang yang kufur kepada allah.
Ada sesetengah orang terima hukum hudud, malah dia memperjuangkan hudud, juga dia terima hukum qisas, tetapi dia menolak hukum poligami. Apabila disebutkan hukum poligami, dia menolak sekeras-kerasnya. Contohnya seperti ini:
Aminah : Ayah, ada orang nak melamar saya. Minggu depan dia nak jumpa keluarga kita.
Ayah : Bagus, siapa lelaki itu?
Aminah : suami orang, ayah...
Ayah : Apa? Suami orang??! Pantang tok nenek aku menikah dua. Aku takkan benarkan kamu Menikah dengan lelaki itu!! Aku takkan jadikan kamu isteri orang yang no 2 no 3!! Jangan cari pasal, aku tak setuju!!!
Aminah : Tapi islam membenarkan poligami,ayah.
Ayah : Memang islam benarkan poligami tapi aku tak setuju! Islam ke tak islam ke…
Aminah : Hai, tapi ayah setuju hudud,hudud,hudud…mai poligami ke,ayah tak setuju…
Ayah : Ayah memang setuju kalau lelaki(maksudnya si ayah tu la) yang berpoligami,, kalau anak ayah kahwin dengan suami orang,, Ayah memang tak setuju….
Nazri dan ghufran serentak ketawa. “So, faham ke tak ni aku dok cerita tadi nih?” aku menyoal mereka. “Faham3”, balas mereka serentak. “Di sini dapat dilihat bahawa hukum hanya diambil oleh sesetengah orang hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Maka si ayah ini juga dikira sebagai كفروا kepada perintah Allah,” tambahku. Alhamdulillah, dengan bantuanMU Ya Allah, aku dapat membantu mereka. Semoga Allah membuka pintu hatiku untuk menerima ilmuNYa dan dapat disampaikan kepada semua yang memerlukan. Benarlah bahawa tugas da’wah ini bukan tugas yang mudah. Ianya perlukan persiapan yang rapi & the most important is, kena ada ilmu, kalau tidak ada ilmu, maka tidaklah seseorang itu menjadi faqih bahkan menjadi faqir.
P/s; Berbalik kepada kisah di atas, dapat disimpulkan bahawa ianya berkisar mengenai kesempurnaan Iman. Kesempurnaan Iman itu semolek-moleknya perlu dijaga. So, maksud beriman kepada Allah itu apa?? Sebenarnya kalau kita betul-betul faham, Iman itu adalah segala perintah Allah kena terima,segala larangan yang Allah larang,,,jangan sesekali kita buat.. itulah iman yang sebenar-benarnya. Cuba kita tengok sekarang, iman kita di mana? Dimana iman kita?? Rasa-rasanya Islam itu sesuai dengan kita, kita ambil. Rasa-rasanya peraturan Allah itu tidak sesuai dengan kita, kita simpan. Itu bukan iman yang sempurna. Iman yang sempurna, tidak ada bantahan, pertanyaan, persoalaan terhadap perintah Allah.
Read more...