Sunday, June 26, 2011

Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan

Buku ini diluncurkan untuk merancakkan medan perbincangan yang sihat,menyegarkan budaya intelektual,berdebat dengan sumur akal yang jernih yang jauh dari sentimen melulu dan emosi yang meledak. Saya percayai alaf baru ini adalah milenium yang baru yang maklumat tidak lagi boleh disembunyikan di dalam 'tempayan emas', langit terbuka telah memuntahkan jutaan maklumat di hujung jari. Generasi 'Y' yang melatari fenomena dunia langit terbuka ini sudah tidak mampu untuk disuap dengan maklumat yang bersifat sehala. Kelompok ini mesti dimenangi oleh gerakan Islam dengan maklumat yang telus tetapi beradab, mereka tidak boleh dibiarkan meraba-raba dan membuat telahan tentang cermin perjalanan gerakan Islam.

- Penulis

  • Menjawab Buku Menuju PAS Baru, Tulisan Dr. Mujahid Yusof Rawa
  • Tribut Buat Semua Pemuda-Pemuda PAS Yang Membentengi Wadah Ini

KANDUNGAN

  1. Menelusuri Sejarah PAS
  2. Burhanuddin: Islamis Yang Progresif
  3. Zulkifli Muhammad: Pelengkap Perjuangan
  4. PAS Dan Kebangkitan Islam
  5. Dewan Pemuda Terus Mengasak
  6. Peningkatan Gerakerja Dakwah
  7. Fenomena Penjelasan Batas-Batas Iman Dan Kufur
  8. Tangkapan-Tangkapan ISA Terhadap Aktivis PAS Dalam Dekad 80-an
  9. Era Haji Yusof Rawa
  10. Pemerintahan PAS Di Kelantan
  11. 60 Tahun Mempersada Perjuangan; Satu Rumusan
  12. Menerjang Badai: Segmen Ke-2
  13. Bibliografi
  14. Biografi Penulis
Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 201
Penulis = Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Jundi Resources



Read more...

Sunday, June 12, 2011

..::Lentera Qalbi:::..

Biar saja malam
Menggulung gelap

Namun di sudut sepi ku akan
Terus menjaga lentera qalbi
Agar tetap menyala
Walaupun suram

Di hujung mimpi
Aku masih sering mengenang
Hingga ilusi jiwa
Terungkap dalam tirai misteri

Di saat kelopak mata terbuka,
Ku ingin rasakan hebatnya perjuangan
Ku ingin sandarkan penat jiwa dalam ketentuanMU
Meski secebis cuma
Walau ruas hati telah patah
Walau cermin diri telah retak
Walau segelumang hasrat telah hancur

Di bawah nyala lentera qalbi....
Kurangkum bait do'a dan puji
Agar lorong jiwa tak kian berkerak gelap

Di sini aku bangun tangan bersambut padu...
Di sini aku menggalas kudrat bersama teman-temanku....
Di sini jiwaku memburu perjuangan nan satu

Setiap detik....
Setiap saat....
Setiap ketika...
Di kamar hati ini...

Lenteraku tak akan kubiarkan mati dan beku.....








Read more...

Tuesday, April 26, 2011

UKHUWWAH FILLAH


Di bumi ini, kita ditemukan
Satu arah, satu perjuangan
Satu aqidah, satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan

Ukhuwah fillah, tidakkan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai'ah

Bertemu, berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita akan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi

Demikian manisnya, mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuhi hati
An-nur suci dari-Mu Rabbi

Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni

Read more...

Monday, April 18, 2011

GOLONGAN YANG KUFUR KEPADA ALLAH

Suasana pada pagi Jumaat sunyi sahaja. Almaklumlah, kelas tak ada. Kawan-kawan pula ramai yang sudah pulang ke rumah dari semalam lagi. Cuma yang tinggal hanya saya, nazri & ghufran sahaja. Selalunya muka kami lah yang jarang balik kampung. Biasalah, kampung kami ni jauh nun di Utara sana. So, tak ada kerja lainlah selain terperap dalam bilik & sembang kosong. Sebenarnya, ada satu benda menarik yang ingin saya kongsikan. Boleh kiranya saya katakan ia sebagai sesuatu yang membuka mata saya ke hadapan. Sebab, di sini saya bertemu dengan masalah orang yang inginkan penjelasan daripada saya. InsyaAllah, hayati kisah yang tidak seberapa ini..

“Wei, nie aku ada beli nasi lemak. Ambil lah..aku belanja” pelawa ghufran.dia ni memang pemurah orangnya. Sebab itulah ramai yang suka berkawan dengannya. Entah apalah niat sebenar mereka, tetapi lebih baik saya husnuz-zon sahaja. Lalu, tanpa banyak bicara, kami terus membuka bungkusan berisi nasi lemak tersebut. Macam biasalah, kami makan dalam bentuk halaqah.



“Nasi lemak je..?belilah kfc ke McD ke..” kata ghufran. Si ghufran ni memang suka menyakat nazri. Kalau sehari tak kacau nazri memang tak sah.

“Hang nie, orang dah belanja ambil je lah. Dok hingaq pulak. Hang ni tak bersyukur langsung. Hang nak tau tak, ustaz aku cakap siapa yang tak bersyukur dengan pemberian orang, dia ni seorang yang kufur nikmat tau”,syarah nazri. Aku hanya tersenyum memerhati gelagat mereka apabila bertengkar. “hang agak-agak la nak kata aku ni kufur, aku ni orang Islam..sampai hati ang kata aku macam tu”, kata ghufran dalam keadaan merajuk. “La, touching pula kawan aku sorang nie..bukan aku yang cakap,ustaz aku yang cakap macam tu,” pujuk nazri. “ustaz hang saja nak kelentong kot,” balas ghufran.. Nazri dengan nada tidak puas hati berkata,” buat apa aku nak bohong hang, hang tak percaya tanya tok guru kita. Shakir, betul tak pa yang aku cakapkan tadi??

Aku dari tadi hanya memerhati sedikit terkejut. “Hah??” “betul tak tadi aku cakap berkenaan orang yang tak bersyukur dengan pemberian orang lain atau daripada sesiapapun, dia boleh dianggap kufur nikmat”, soal nazri.Errm,betul”, kataku. “ So, orang yang kufur ni boleh jadi murtad ke? Alamak, selama nie solat aku, amalan aku ni tak diterima oleh Allah ke?? Macamana ni??” panik ghufran. “Err, entah! Aku pun tak tahu la, aku dengar ustaz aku cakap macam tu masa nak dekat habis waktu kelas. Hang kan tau kan aku ni kaki ceng(ponteng kelas),hehehe,” balas nazri menambah keraguan ghufran.



Secara automatiknya, dua pasang mata sudah tertumpu ke arahku. Yang pastinya, mereka menantikan satu jawapan. Jawapan yang bisa menyelesaikan masalah-masalah mereka. Jiwaku resah, hatiku tidak dapat dibendung lagi. Qalbuku bermonolog. Apa harusku jawab? Soalannya remeh tapi amat susah untuk aku berikan penjelasan. Apakah ini dugaan dariMU Ya Allah? Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk aku menempuh jalanMU Ya Allah. Berikanku petunjukMU agar aku dapat membantu menyelesaikan mereka. Semoga penjelasan ini meneyebabkan mereka lebih kuat untuk beribadat kepadaMU Ya Allah.

“Sebenarnya, daripada apa yang aku belajar, orang yang kufur tidaklah dikira murtad. Sebaliknya, orang yang murtad mempunyai beberapa syarat yang memungkinkan mereka terjerumus ke lembah kemurakaan Allah. So, ang tak payah risaulah. Banyakkan berdoa kepada Allah moga ditetapkan Iman & Taqwa”, jelasku. “Owh, jadi siapa pula orang yang kufur??” soal mereka lagi. Kali ini aku diuji lagi.

“Cuba lihat dalam Al-Quran, Allah Taala banyak menyebut tentang orang yang kufur terhadapNYA. Antaranya ialah di dalam Surah Muhammad ayat 1:

الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللهِ أَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ

Maksudnya: Golongan-golongan yang kufur, dan orang-orang yang menghalang manusia dari jalan allah,maka mereka adalah sesesat-sesat perbuatan.

Di sini Allah menggunakan perkataan umum (الذين) iaitu sesiapapun orang-orang yang...yang apa???yang kufur kepada allah. Kalau kita melihat, kufur kepada Allah tidaklah tertumpu kepada satu benda sahaja. Ianya meluas. Kufur kepada allah mempunyai beberapa tahap. Antaranya Kufur Musyrik.

Siapakah golongan Kufur Musyrik ini? Merekalah golongan yang langsung tidak mengambil Allah sebagai tuhan. Jumpa batu, sembah batu,jumpa pokok sembah pokok,jumpa binatang, sembah binatang. Malahan sembah orang pun ada juga. Sebagai contoh,Diego Maradona”,ujarku.

“ Apa kena mengena Maradona dengan Kufur Musyrik nih? Dia memang confirm kafir”, soal ghufran yang kepeningan.

Jelasku lagi, “ketika diego maradona menjaringkan gol dan menang piala dunia 1986, orang-orang argentina yang fanatic dengannya menganggapnya sebagai tuhan,malah diwujudkan satu agama baru,iaitu agama maradona di argentina. Nama anak pun dibubuh dengan nama maradona juga sebab maradona pada tahun tersebut terlalu top sehinggakan pada satu tahap diangkat macam tuhan. Sehinggalah pada suatu ketika, dia hampir gagal membawa skuadnya ke piala dunia. Orang-orang yang selama ni dok sembah dia last-last maki dia,wartawan kutuk dia sebab argentina hamper-hampir tersingkir tidak boleh masuk piala dunia. semasa menang mereka sanjung dia.masa kalah mereka maki dia... inilah dia puak-puak yang kebangangan.” Ghufran dan nazri yang dari tadi mendengar ulasanku tergelak terbahak-bahak.

Tambahku lagi, “yang kedua ialah manusia yang beriman kepada Allah seperti kita, tetapi tidak mencapai tahap Iman. Mereka mempunyai i’tiqad yang salah dan fahaman yang salah juga dipanggil sebagai kufur. Ataupun manusia yang beriman tetapi menolak peraturan-peraturan tuhan dipanggil juga sebagai kufur. Apa yang kita boleh jelaskan di sini ialah perbuatan mereka. Perbuatan mereka yang menolak itulah dipanggil kufur. Bukanlah sebenarnya dia itu kafir@kuffar. Orang-orang yang kafir ialah orang bukan islam, tetapi kalau kita ini orang islam membantah peraturan Allah, seperti tak nak sembahyang, tak nak puasa, tak nak pergi haji, tolak hokum hudud, tolak peraturan Allah, namanya dipanggil sebagai kufur. Se

bab itu,kalau seseorang tidak sembahyang walapun dia kufur kerana tidak sembahyang, apabila dia mati nanti, wajib kita sembahyangkan jenazahnya, kebumikannya. Sebab apa? Sebab dia masih Islam. Itulah yang kita kena faham. Mungkin kita sekarang termasuk dalam golongan kufur kepada Allah, sebab ayat diatas tadi adalah berbentuk umum. Mungkin kita sembahyang tetapi kita menolak puasa. PERBUATAN kita menolak puasa itu adalah kafir tetapi bukan bermakna kita(muslim) telah bertukar menjadi Kafir Musyrik. Diingatkan sekali lagi,hanya PERBUATAN itu saja yang dipanggil sebagai kafir. Bertukar menjadi Kafir Musyrik disebabkan murtad. Kalau dia islam tapi sengaja tak mahu sembahyang dan puasa, dia masih lagi islam. Kafir itu maksudnya menutup hati daripada percaya kepada tidak percaya.

“Contohnya?” soal nazri pula. Aku membalas, “Sebagai contoh,, naim bertanya kepada mat...”kenapa kamu tak puasa mat??” mat menjawab ”ish, bukan wajib kepada aku. Aku dah mencapai tahap maqam tertinggi. Macam kamu semua kena puasa sebab kamu maqam rendah”, haa..perbuatan itu dianggap sebagai kafir.kalau dia mati, kena sembahyang jenazahnya sebab dia masih Islam.

Ada juga orang yang kufur dengan Allah sebab perbuatan-perbuatannya itu menolak peraturan Allah. Tak setuju dengan Islam lah, tak setuju dengan peraturan Tuhan lah. Allah Taala suruh orang yang mencuri dipotong tangannya, potong ajelah tangannya. Tetapi kita menjadikan orang yang mencuri itu tidak dipotong. Kata mereka tidak sesuai.ZALIM!! Mereka peti aiskan peraturan Allah. Mereka simpan dan sejukbekukan dalam peti ais. Semua ini tidak releven untuk digunakan di Negara majmu’. Mereka gunakan undang-undang penjara. Perbuatan itu juga dipanggil sebagai ( كفروا ), iaitu mengingkari perintah Allah. Sebenarnya kes di atas tidaklah zalim sebenarnya. Hal sebegini sengaja diperbesar-besarkan. Orang yang mencuri, ada beberapa syarat perlu dilihat dahulu sebelum hukuman dijalankan. Antaranya dalam hadith:

Dari 'Aisyah bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak boleh dipotong tangan seorang pencuri, kecuali sebesar satu per empat dinar ataulebih." Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut riwayat Muslim. Menurut Lafadz Bukhari: "Tangan seorang pencuri dipotong (jika mengambil sebesar satu per empat dinar atau lebih." Menurut riwayat Ahmad: "Potonglah jika mengambil satu per empat dinar dan jangan memotong jika mengambil lebih kurang daripada itu."

Dalam hadith yang lain:

Daripada 'Aisyah Radliyallaahu 'anha bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apakah engkau akan memberikan pertolongan untuk membebaskan suatu hukuman daripada hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah?". Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah. Baginda bersabda: "Wahai manusia, orang-orang sebelummu binasa adalah kerana jika ada seseorang yang terpandang di antara mereka mencuri, mereka membebaskannya, dan jika ada orang lemah di antara mereka mencuri, mereka menegakkan hukuman kepadanya." Muttafaqun Alaihi dan lafadznya menurut riwayat Muslim. Menurut riwayatnya dari jalan lain bahwa 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Ada seorang perempuan meminjam barang lalu memungkirinya, maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan untuk memotong tangannya.

Abu Umayyah al-Mahzumy Radliyallaahu 'anhu berkata: Dihadapkan kepada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam seorang pencuri yang telah benar-benar mengaku, namun dia tidak membawa barang curiannya. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Aku tidak mengira engkau mencuri." Ia berkata: Benar (aku telah mencuri). Beliau mengulanginya dua atau tiga kali. Lalu beliau memerintahkan untuk dihukum dan dipotonglah tangannya. Kemudian orang tersebut dihadapkan kepada beliau dan beliau bersabda: "Mintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya." Ia berkata: Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. Lalu beliau bersabda: "Ya Allah, berilah taubatkepadanya -tiga kali." riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Nasa'i. Lafadz menurut Abu Dawud.

[sila rujuk kitab Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam bab 10. Kitab Hukuman]

Allah menyuruh kita laksanakan hukum Allah.Mereka tidak pakai hukum ini kerana apa?? Kerana mereka anggap tidak sesuai?? Maknanya mereka lebih pandai daripada Allah. Perbuatan sedemikian dipanggil( كفروا), iaitu orang-orang yang kufur kepada allah.

Ada sesetengah orang terima hukum hudud, malah dia memperjuangkan hudud, juga dia terima hukum qisas, tetapi dia menolak hukum poligami. Apabila disebutkan hukum poligami, dia menolak sekeras-kerasnya. Contohnya seperti ini:

Aminah : Ayah, ada orang nak melamar saya. Minggu depan dia nak jumpa keluarga kita.

Ayah : Bagus, siapa lelaki itu?

Aminah : suami orang, ayah...

Ayah : Apa? Suami orang??! Pantang tok nenek aku menikah dua. Aku takkan benarkan kamu Menikah dengan lelaki itu!! Aku takkan jadikan kamu isteri orang yang no 2 no 3!! Jangan cari pasal, aku tak setuju!!!

Aminah : Tapi islam membenarkan poligami,ayah.

Ayah : Memang islam benarkan poligami tapi aku tak setuju! Islam ke tak islam ke…

Aminah : Hai, tapi ayah setuju hudud,hudud,hudud…mai poligami ke,ayah tak setuju…

Ayah : Ayah memang setuju kalau lelaki(maksudnya si ayah tu la) yang berpoligami,, kalau anak ayah kahwin dengan suami orang,, Ayah memang tak setuju….

Nazri dan ghufran serentak ketawa. “So, faham ke tak ni aku dok cerita tadi nih?” aku menyoal mereka. “Faham3”, balas mereka serentak. “Di sini dapat dilihat bahawa hukum hanya diambil oleh sesetengah orang hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Maka si ayah ini juga dikira sebagai كفروا kepada perintah Allah,” tambahku. Alhamdulillah, dengan bantuanMU Ya Allah, aku dapat membantu mereka. Semoga Allah membuka pintu hatiku untuk menerima ilmuNYa dan dapat disampaikan kepada semua yang memerlukan. Benarlah bahawa tugas da’wah ini bukan tugas yang mudah. Ianya perlukan persiapan yang rapi & the most important is, kena ada ilmu, kalau tidak ada ilmu, maka tidaklah seseorang itu menjadi faqih bahkan menjadi faqir.

P/s; Berbalik kepada kisah di atas, dapat disimpulkan bahawa ianya berkisar mengenai kesempurnaan Iman. Kesempurnaan Iman itu semolek-moleknya perlu dijaga. So, maksud beriman kepada Allah itu apa?? Sebenarnya kalau kita betul-betul faham, Iman itu adalah segala perintah Allah kena terima,segala larangan yang Allah larang,,,jangan sesekali kita buat.. itulah iman yang sebenar-benarnya. Cuba kita tengok sekarang, iman kita di mana? Dimana iman kita?? Rasa-rasanya Islam itu sesuai dengan kita, kita ambil. Rasa-rasanya peraturan Allah itu tidak sesuai dengan kita, kita simpan. Itu bukan iman yang sempurna. Iman yang sempurna, tidak ada bantahan, pertanyaan, persoalaan terhadap perintah Allah.



Read more...

Sunday, April 17, 2011

99 LANGKAH KESEMPURNAAN IMAN





1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

2. Sabar apabila mendapat kesulitan;
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
8. Jangan dengki dengan kekayaan orang;
9. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering berselawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang berkaitan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan seronok di atas penderitaan orang dan jangan suka dengan memiskinkan orang


p/s: renung2 kan yee :)
Read more...

Friday, April 15, 2011

HARGA DIRI



Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.


Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut di sambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Aku duduk sahaja di dalam kereta, aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku hempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.


"Nak apa?!"

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

" Assalamualaikum Nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."


Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan

dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan.

" Basuh sajalah, tapi, awas. Kalau calar kereta aku. Tahulah macamana aku nak ajar kau."


Berkata sambil meliarkan mata pada Ery. Tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terbuka di rumah itu di tutup rapat.



Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau.


"Pengotor, sial!" Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!



" Sudah nak?" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak tengok, dan bagi sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemeja. "Kenapa ni? Gila?!"


" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku pandang sahaja dengan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kuala lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar

dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.



Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit ,melayan meluat- melihat ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin. Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.


" eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang banyak macam ini?" .

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.


Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.


" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula.Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah?Ambillah semula,nak."



Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana

tadi, tempat nelayan memunggah ikan.Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.


Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati." Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.


"HARGA DIRI".



*****************************



Read more...

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Menurut Perspektif Islam

Malaysia yang kita kenali merupakan sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasminya sekaligus mengertikannya sebagai sebuah negara ummat Islam. Bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini, Islam masih menjadi tunggak asas walaupun imejnya masih samar-samar dewasa ini. Selepas penjajahan Barat ke atas Tanah Melayu, struktur kepimpinan dalam negara berubah secara total. Dahulunya, kuasa Sultan adalah yang utama di dalam negara pemerintahannya. Kini, kuasa Sultan dihadkan dalam hal ehwal yang berkait dengan soal-soal keagamaan sahaja. Adapun kuasa-kuasa yang melibatkan hal ehwal pengurusan negara diserahkan kepada Jemaah Menteri untuk menguruskannya.

Rentetan dari itu, ketua yang mengepalai Jemaah Menteri juga mestilah individu yang Islam agamanya dan mengetahui hal ehwal agama. Di dalam Islam sendiri, perbahasan Wazir al-Tanfiz dan Wazir al-Tafwidh telah dijelaskan oleh ulamak-ulamak secara panjang lebar. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan kepada Islam maka agama pemerintahnya juga mestilah Islam. Bagaimana seseorang Islam boleh menyerahkan urusan pemerintahannya kepada seorang yang bukan dari agama Islam. ?

Firman Allah swt di dalam Surah Ali ‘Imran ayat 28;

"Janganlah orang-orang Yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. dan sesiapa Yang melakukan (larangan) Yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah Dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya Yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). dan kepada Allah jualah tempat kembali.”

Sesungguhnya nas ini tersangatlah jelas buat umat Islam yang hidup di dalam sebuah negara Islam untuk tidak menyerahkan urusan kehidupannya kepada seorang yang tidak beriman dengan Allah swt.


Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz

Umumnya di dalam sistem pemerintahan Islam, kedua-dua jenis kementerian ini amat terkenal sehingga ianya dibahaskan di dalam kitab-kitab feqh yang besar. Terlebih dahulu, kita perlu mengenali apakah dia definisi bagi kedua-dua kementerian ini supaya kita dapat mengqiaskannya di dalam negara kita.

Wizarah al-Tafwidh

Ia juga dikenali dengan nama معون التفويض atau وزراء التفويض atau سلطة القضائية . Ianya bermaksud individu yang diangkat oleh Khalifah supaya menjadi pembantu kepada Khalifah untuk membantunya dalam mengembang tanggungjawab dan melaksanakan tugas-tugas pemerintahan. Mereka yang dipilih oleh Khalifah di dalam wizarah ini berpeluang menguruskan dan melaksanakan urusannya menurut pendapatnya atau ijtihad dirinya. Dengan kata lain, Khalifah telah memberinya bidang kuasa secara umum dan juga kedudukan untuk mewakili Khalifah.

Sabda Nabi saw menurut riwayat Imam al-Tarmizi ra dalam sahihnya(5/579) yang berbunyi

عن أبي سعيد الخدري قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: (ما من نبي إلا له وزيران من أهل السماء ووزيرين من أهل الأرض، فأما وزيراي من أهل السماء فجبريل وميكائيل، وأما وزيراي من أهل الأرض فأبو بكر وعمر)

"Daripada Abi Sa’id al-Khudri ra berkata : Telah bersabda Rasulullah saw “ Tiadalah daripada para nabi melainkan bagi diri mereka itu dua orang pembantu daripada penghuni langit dan dua pembantu daripada penghuni bumi, adapun pembantuku daripada penghuni langit adalah Jibril as dan Mikail as, dan adapun pembantuku daripada penghuni bumi adalah Abu Bakar ra dan Umar ra “.

Perkataan wazir dalam hadis ini adalah bermakna pembantu dan penolong. Ia bersifat mutlak dan mencakupi semua bentuk bantuan dan pertolongan dalam semua urusan. Dari hadis ini juga dapat difahami bahawa (bilangan) mu’awin boleh lebih dari seorang.

Saidina Abu Bakar ra setelah diangkat sebagai Khalifah, juga telah mengangkat Saidina Umar al-Khattab ra sebagai wazirnya di mana peranan Saidina Umar ra sebagai wazir sangat menonjol. Setelah Saidina Umar ra dilantik dan memegang jawatan Khalifah, Saidina ‘Uthman bin Affan ra dan Saidina Ali bin Abi Thalib ra menjadi dua orang mu’awinnya. Begitu jualah yang berlaku kepada khalifah-khalifah selepasnya.

Saidatina Aishah ra pernah mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :

عن عائشة قالت : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : إذا أراد الله بالأمير خيرا ; جعل له وزير صدق إن نسي ذكره ، وإن ذكر أعانه ، وإذا أراد به غير ذلك ، جعل له وزير سوء ; إن نسي لم يذكره ، وإن ذكر لم يعنه[2]

"Daripada Saidatina A’isyah ra berkata : Telah bersabda Rasulullah saw “Jika Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang amir (Imam/Khalifah), Allah akan jadikan baginya seorang pembantu (wazir) yang jujur dan benar; jika ia lupa wazir itu akan mengingatkannya, dan jika ia ingat, wazir itu akan membantunya. Jika Allah menghendaki terhadap amir itu selain yang demikian, Allah akan jadikan baginya wazir yang jahat/buruk; jika ia lupa wazir itu tidak akan mengingatkannya, dan jika ia ingat, wazir itu tidak akan membantunya”.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Imam al-Nasaie. Kitab مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح di dalam كتاب الإمارة والقضاء hadith 3707).


Wizarah al-Tanfiz

Ia juga boleh disebut dengan معون التنفيذ ataupun سلطة التنفيذية yang bermaksud pembantu yang dilantik oleh Khalifah untuk urusan-urusan pentadbiran. Ianya berfungsi untuk menghubungkan Khalifah dengan struktur dan sistem dalaman negara. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menghubungkan Khalifah dengan rakyat dan juga negara luar. Kementerian ini bertanggungjawab untuk membawa polisi Khalifah dan juga membawa informasi daripada rakyat kepada Khalifah.

Wazir al-tanfiz diangkat sebagai pembantu Khalifah dalam hal pelaksanaan dan jua pelbagai urusan. Tugasnya hanyalah tugas administrasi, bukan tugas pemerintahan. Jabatannya merupakan lembaga pelaksana yang melaksanakan pelbagai polisi yang dikeluarkan oleh Khalifah kepada instansi-instansi (perwakilan) dalam negeri dan juga luar negeri, di samping menyampaikan informasi dari berbagai-bagai instansi tersebut kepada Khalifah

Dalam bidang seperti di atas kuasa bagi Wazir al-Tanfiz adalah terbatas dan dikehendaki merujuk kepada khalifah sebagai penentu dasar. Sekiranya di dalam wazir al-Tafwidh diberikan hak di dalam urusan pemerintahan dan boleh menguruskan dengan bergantung kepada pandangan dan keputusan dari dirinya maka, wazir al-Tanfiz pula adalah satu jawatan yang ruang kerjanya lebih kecil dan dia hanya bertindak dengan apa yang telah diputuskan oleh Khalifah.






Siapa Perdana Menteri???

Kita melihat bahawasanya Perdana Menteri seolah-olah tenaga utama yang menggerakkan bahtera pentadbiran di dalam negara kita. Akan tetapi, apa yang kita lihat bukanlah realitis sehingga kita boleh mengqiaskan Perdana Menteri itu sebagai Khalifah. Sekiranya, terdapat golongan yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia itu umpama Khalifah maka, ketahuilah bahawasanya syarat bagi khalifah itu adalah Islam.
Menurut saya, Perdana Menteri umpama wazir al-Tafwidh yang menjalankan urusan kepimpinan oleh Ketua Negara iaitu Yang di Pertuan Agong. Kita dapat lihat di sini, Perdana Menteri boleh bertindak dengan keputusan yang dibuat oleh dirinya tanpa merujuk kepada Sultan di dalam urusan pentadbirannya. Jadi, sekiranya Perdana Menteri itu adalah wazir al-Tafwidh maka timbul pertanyaan di dalam diri kita iaitu; Adakah disyaratkan untuk memegang wazir al-Tafwidh itu mestilah dia seorang Muslim ?.



Syarat-syarat melantik wazir al-Tafwidh

Imam al-Mawardi dalam karyanyaالأحكام السلطانية halaman 88 menetapkan antara syarat-syarat yang perlu untuk melantik seseorang di dalam jawatan ini mestilah dia :

1- Islam
2- Baligh
3- Beraqal
4- Merdeka
5- Lelaki
6- Adil
7- Mestilah dia orang yang mengetahui hukum-hukum syara’ dan usul feqh
8- Sihat dan sejahtera tubuh badan

Sebagai maklumat tambahan, syarat- syarat di atas merupakan syarat-syarat yang disepakati dan tiada khilaf padanya di dalam wizarah al-Tafwidh walaupun terdapat sedikit perbincangan yang dibincangkan oleh para ulamak dan rasanya ianya tidak perlu untuk diperbahaskan di sini kerana takut ianya akan lebih terperinci sehingga menjadi panjang penulisan ini. Fokus utama di dalam wazir ini adalah Islam yang menjadi syarat pertama dan juga yang terutama.

Adapun di dalam wizarah al-Tanfiz, syarat-syarat yang diperbincangkan oleh ulamak tidaklah sama dengan syarat di dalam wizarah al-Tafwidh. Di dalam wizarah al-Tanfiz, perempuan dan orang bukan Islam boleh memegang jawatan tersebut. Ini kerana ianya adalah melibatkan pentadbiran bukannya bertugas selaku pemerintah.

Adapun syarat yang ditetapkan oleh para ulamak untuk wizarah al-Tanfiz adalah seperti berikut:

1- . Amanah, supaya dia tidak mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang diberi.
2- . Jujur tidak berbohong , supaya dipercayai apa yaug hendak disampai dan dilaksanakan,
3- . Tidak tamak, supaya tidak melakukan rasuah, dan pecahamanah,
4- . Tidak ada hubungan buruk atau permusuhan dengan orang ramai, supaya apa yang hendak dilaksanakan dapat diterima oleh rakyat.
5- . Bijak dan pintar, marnpu memahami realiti dan keutamaan sesuatu perkara sebelum
dilaksanakan
6- . Tidak mengikut hawa nafsu, supaya tidak ditukar kebenaran dengan kebatilan.
7- . Lelaki, kerana dianya bertanggungjawab secara langsung kepada khalifah (seorang lelaki), dan layak menjadi saksi kepada khalifah dalam laporannya.
8- . Berpengalaman, supaya melakukan sesuatu berasaskan realiti dan penilaian yang teliti tentang kesan-kesan baik dan buruk terhadap sesuatu perkara.

Di sini dijelaskan bahawasanya Islam tidak menjadi syarat untuk jawatan ini. Perlantikan wanita juga tidak berlaku masalah kerana padanya ada pendapat yang membenarkan wanita untuk memegang jawatan di dalam wizarah ini.

Rasional Perdana Menteri mestilah seorang Muslim

Diwujudkan sistem al-Sultah al-Qadhaiyyah di dalam Islam adalah bertujuan untuk menjalankan hukum-hukum syara’ dan meperincikan ceraian-ceraiannya di atas muka bumi ini. Selain itu, ianya adalah supaya denda-denda atau hukuman-hukuman yang disepakati di dalam Islam boleh direalisasikan.

Justeru, disediakan oleh Islam syarat-syarat asas yang utama dan tertentu di dalam Kementerian ini. Oleh kerana, kementerian ini merupakan satu bidang tugas yang besar maka Islam memandang ia sebagai satu tanggungjawab yang besar sehingga syarat-syaratnya juga khusus dan menghimpunkan motif kementerian ini iaitu memastikan hukum Allah swt tertegak di dalam wilayah pemerintahan Islam.

Menurut Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah Ibn-Khaldun(2/567) Khalifah pertama yang menggunakan sistem ini adalah Saidina Umar ra berikutan meluasnya wilayah Islam dan perlunya ada wakil khalifah lagi mujtahid sebagai sumber rujukan di dalam wilayah-wilayah tersebut.

Oleh kerana motif daripada wizarah al-Tafwidh ini adalah berkaitan dengan menegakkan hukum Allah swt, bagaimana pula diharapkan oleh umat Islam orang bukan Islam yang menjadi pemimpin di dalam urusan ini ?. Bahkan perlu kita tahu bahawasanya Islam telah melarang keras perlantikan orang bukan Islam sebagai pemerintah bagi orang Islam di dalam urusan mereka sendiri (urusan orang Islam).



Dalil dari al-Quran

wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa Yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa Yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Surah Ali ‘Imran ayat 118 -

Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan Yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?
Surah al-Nisaa’ ayat 144

Janganlah orang-orang Yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. dan sesiapa Yang melakukan (larangan) Yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah Dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya Yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). dan kepada Allah jualah tempat kembali.
Surah Ali ‘Imran ayat 28



Dalil Hadith

Nabi saw pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud:

”Sekiranya amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kehancuran”. Lalu para sahabat baginda bertanya tentang bagaimanakah yang dikatakan bahawa amanah itu disia-siakan? Lalu nabi saw menjawab: ”(Amanah itu disia-siakan) apabila kamu menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang tidak layak memikulnya, maka tunggulah akan kehancuran!”.

Dalam hadis nabi saw yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, baginda bersabda yang bermaksud:

”Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab kepada setiap perkara yang berada di bawah kepimpinan kamu, seorang imam (pemerintah) merupakan pemimpin, maka dia bertanggungjawab kepada sesiapa pun yang berada di bawah kepimpinannya…”.



Larangan-larang tersebut jelas melarang Umat Islam mengambil orang bukan Islam sebagai pemimpin di dalam urusannya secara umum. Ketahuilah bahwasanya dengan melantik orang bukan Islam sebagai Perdana Menteri atau timbalannya seolah-olah menyerahkan urusan umat Islam kepada orang yang bukan daripada umat Islam.

Simbol pemerintahan Islam turut digadaikan dengan perlantikan orang bukan Islam sebagai pemimpin utama Negara Malaysia. Kita tidak menolak sekiranya kedapatan orang Islam dari bangsa lain yang menjadi Perdana Menteri atau timbalannya akan tetapi syaratnya mestilah dia Islam. Ini kerana di dalam Islam itu sudah lengkap dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam.


sumber:
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia .

Read more...